Thursday, October 08, 2015

Selesai Juga Masalah Pil Kuda Yang Dituduh Kepada Presiden PAS..

Presiden PAS bebas saman fitnah RM2 juta, permohonan bekas calon PKR ditolak 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada saman fitnah RM2 juta yang difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.
Ini berikutan keputusan panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan dhari ini yang menolak permohonan Shamsul bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, dalam usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.          
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Disember tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang berkenaan.
Dua lagi ahli panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abu Samah Nordin.
Shamsul menyaman Hadi selepas mendakwa Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April, 2013.
Dalam pernyataan tuntutannya,Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu, menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.
Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Shamsul itu memutuskan plaintif (Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau.
Shamsul bertanding mewakili PKR bagi DUN Bukit Besi, Terengganu pada PRU13.
Shamsul diwakili peguam A Vasudevan dan V Saravanan manakala peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Hadi. – Bernama, 7 Oktober, 2015.
Selesai kes di atas termasuk didalamnya masalah pil kuda fitnah yang dituduh kepada presiden PAS. Maka jelas, siapa fitnah siapa?

4 comments:

Anonymous said...

Macai-macai pil kuda telah mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah presiden parti Islam tetapi akhirnya mereka terkejut beruk apabila mahkamah membuat keputusan presiden parti Islam adalah benar dan tidak bersalah!

Pengajaran: Kita semua mesti berhati-hati apabila kita menerima komen atau khabar angin dari orang-orang yang fasik.

Anonymous said...

Predudeng mung mmg sebuk pil kude dalang ceramoh dia .. Tapi dia dok sebuk spesifik nama sapa2.. Dia sebut calon pkr... Kalu dia sebuk nama..mmg kaloh doh aji adi....
Lening mung lah fasik anin 1:15

Anonymous said...

Salam semua,

Memang Haji Hadi sebut sendiri pasal pil kuda cuma mahkamah tidak dapat menetapkan bahawa tuduhan tersebut ditujukan kepada YB Shamsul. Jadi dilepaskan atas sebab teknikal.

Sebenarnya pihak yang sepatutnya membawa kes ini ke mahkamah adalah PKR sendiri kerana Haji Hadi secara spesifik mendakwa calon PKR jual pil kuda tetapi PKR enggan atas dasar pakatan. Malahan Anwar Ibrahim sendiri memujuk Shamsul untuk membatalkan niatnya membawa kes tersebut atas kapasiti individu.

Jadi fitnah tu wujud. Mahkamah mendapati bukan kepada orang yang membawa kes!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Bergurulah dgn Sheik TGHA camne nak fitnah org. Jangan sebut nama org tu. Bg hint je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails