Sunday, October 04, 2015

Untuk Husam Musa: Keputusan Al Marhum TGNA Dalam Isu MB Kelantan Tepat.




Bismillahirrahmaanirrahim, Allahuakbar.
Sepatutnya Dato Husam (DHM)  pakar ekonomi dunia bukan sekadar Kelantan [Berdasarkan anggaran-anggaran mega bagi setiap projek]. 
Buktinya:

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
1. 2004: DHM mendakwa sepatutnya keuntungan RM23,000,000 (23juta)(Faktor penyingkiran Dato Che Lah sebagai GM KPKSB) setahun bagi KPKSB. Bermakna 2004 hingga 2015 keuntungan KPKSB untuk 11 tahun sebanyak RM253,000,000 ( 253juta ) ditambah 120,000,000 (120juta)(merujuk kepada fakta DHM 29 Sept 2015) konsesi bagi 10tahun. Jumlah keuntungan KPKSB adalah sebanyak RM373,000,000 (373juta ).

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
2. 2007: Projek Jamnapari DHM sepatutnya juga membawa keuntungan lumayan. Harga jamnapari induk betina 1.5tahun adalah RM2,500 dan pejantan adalah RM3,500-RM8,000 seekor.( Sumber:usahawantani-kelantan ). Dalam masa 2tahun jamnapari mampu membiak 3kali minimum sekali biak 2-3ekor. DHM membeli 5000 ekor jamnapari nisbah pejantan:betina= 1:5 (Sumber: Syam Ghaz Selasa 17 April 2007). Anggaran tahun 2010 seratus ribu (100,000) baka baik dapat diternak di Kelantan ( Sumber:Tulisan Syam Ghaz dalam usahawantani-kelantan). Dari 2010 - 2015 dengan 80,000 ekor betina ( nisbah 1:5 ) dengan kapasiti 6kali biak selama 4-5tahun X 2-3 ekor bermakna 2015 jumlah jamnapari Kelantan sebanyak 1,440,000 ekor( mungkin jantan @ betina) ditambah jumalah pejantan 20,000 ekor( nisbah 1:5). Sepatutnya projek Jamnapari mendapat keuntungan sebanyak (20,000 pejantan X RM8,000= RM160,000,000 dan 1,440,000 betina(anggap biak semua betina) X RM 2,500= RM 3,600,000,000). Jumlah pendapatan hasil jamnapari adalah RM 3,757,450,000. (RM3,760,000,000( 3.76 billion) ditolak modal 2.55juta( ShamGz_Nimz 18.11.2007) )

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
3. 2008: Projek depu sepatutnya membawa hasil berdasarkan MAJALAH QIADAH keluaran PMBK, PMBKS memperuntukkan tanah seluas 425 ekar bagi penanaman depu. Sejak Jun 2008 sebanyak 200,000 dan (65,000 dibahagi kepada penduduk mengikut mukim) anak pokok telah ditanam dengan keluasan se-ekar sebanyak 400 pokok. Anggaran minimum pendapatan hasil dari Heartwood yang terbentuk dari proses rawatan dalam tempoh 8-10 tahun ialah berjumlah RM5,000 bagi setiap pokok. Pasaran semasa gred terendah ialah RM1,000 per/kg tidak termasuk penghasilan minyak gaharu dari kulit pokok. Oleh yang demikian setiap ekar boleh menghasilkan pulangan RM 2,000,000( 2juta). Bagi 425 ekar ia bersamaan RM 850,000,000( 850 juta )

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
4. 2012: Penemuan emas dan harta karun di dalam terowong sepanjang 100km peninggalan tentera Jepun. Dijangka panjang terowong boleh mencecah hingga ke Tak Bai Siam. Bayangkan berapa banyak pulangan untuk negeri.

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
5. 2013: Penemuan petroleum jenis refine oil di Kota Bharu( 1km= 1/3 kota bharu dibawah Pasar Siti Khadijah) dan Tumpat. Aggaran pendapatan? Ambik contoh minyak perairan Kelantan(5% = 2billion kerajaan pusat tak bayar) . Dijangkakan minyak di Kota Bharu dan Tumpat 100% milik Kelantan maka jumlahnya 40billion setahun.

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
6. Sepatutnya jumlah terkumpul sehingga 2015 (ambil hasil minyak untuk setahun saja)= RM3,757,450,000(Jamnapari)+ RM40 billion(minyak setahun)+ RM850juta(Depu) + 373juta(KPKSB) = (+- RM 45 billion ). Jika hasil minyak dari 2013 maka pendapatan terkumpul adalah RM 85 billion.
Note: Jumlah tidak termasuk pendapatan PMBK,PMBKS, SEDC, KELKON,BINARAYA ,KGT,CHENG HO, DAN PENEMUAN EMAS dan lain-lain pendapatan seperti cukai dan sektor pelancongan.

FORMULA KALAU DAN SEPATUTNYA DHM:
7. Hasil yang begitu banyak, DHM menjanjikan Stadium,Keretapi Laju, Lebuh Raya Rakyat dan Kelantan boleh menjadikan sifar miskin. Sebagai contoh 40billion hasil minyak dibahagi kepada semua 1.7juta rakyat Kelantan(Jabatan Perangkaan Malaysia 2015), maka mereka boleh mendapat +-RM2,000 setiap bulan(tanpa kerja). ITULAH KALAU DIKIRA YANG SEPATUTNYA, SEPATUTNYA,SEPATUTNYA.

KESIMPULAN:

1. HAKIKATNYA KESEMUA PROJEK DAN CITA-CITA DHM GAGAL DAN HILANG BERSAMA MODAL. KATA-KATA TGNA HUSAM UNTUK MALAYSIA MALAH UNTUK DUNIA ADA MAKSUD TERSIRAT. MAKA TEPAT KEPUTUSAN TGNA TIDAK MELANTIK DHM SEBAGAI MB/TMB DAN SUATU YANG BAIK DHM TIDAK MENJADI EXCO KELANTAN.

2. SEDARKAH RAKYAT KELANTAN SEMUA, SEPANJANG DHM EXCO KELANTAN DAN BELIAU MEMEGANG PELBAGAI PENGERUSI DAN BOD ANAK SYARIKAT TETAPI TIADA SATU PUN YANG UNTUNG BERJUTA-JUTA SEBAGAIMANA YANG SEPATUT-SEPATUTNYA.

3. KENAPA SELEPAS TIDAK MENJADI EXCO BERSAMA KEGAGALAN SEMUA PROJEK,DHM MAHU MENJADI HERO UNTUNG JUTA-JUTA LAGI. ADAKAH DHM SENGAJA MAHU MEMBUAT PERSEPSI PIMPINAN KERAJAAN KELANTAN SEKARANG TERLIBAT RASUAH DAN LEMAH? ADAKAH SEMUA INI SEMATA-MATA DENDAM TIDAK DAPAT MENJADI TMB/MB?

4. MASIHKAH RAKYAT KELANTAN SEMUA MAHU MEMPERCAYAI LAGI UNTUNG-UNTUNG LUMAYAN DHM? SEMASA EXCO 2004-2013 TIDAK PERNAH KPKSB UNTUNG MELEBIHI 4JUTA( 2005 SETELAH DHM MEMASUKKAN RAMLI MUSA SEBAGAI GM KPKSB, UNTUNG TAK SAMPAI 1JUTA SEHINGGA 2008)(SILA RUJUK KEUNTUNGAN KPKSB DALAM SURAT 2.

5. PIMPINAN KERAJAAN KELANTAN BARU ADALAH YANG TERBAIK MENJANJIKAN SESUATU YANG REALITI DAN MAMPU BUAT DALAM RUANG LINGKUP TANGGUNGJAWAB NEGERI.

6. MEMPERTAHANKAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN YANG SEDIA ADA MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA RAKYAT KELANTAN DAN INSYAALLAH MENDAPAT GANJARAN PAHALA YANG BESAR.

7. SILA RESPON SURAT 1,2 DAN TULISAN 3 DI PAGE FB DATO HUSAM MUSA.

Rakyat Kelantan,
Pendamba Ketelusan,
Peminat Ketelusan Dato Husam.


5 comments:

Kesihatan Kecantikan Kebersihan said...

Hai, maaf ganggu. Saya hanya nak bantu. Sape nak kulit wajah cantik, di samping tu tubuh badan sihat, buka link ni http://bungablingbling.blogspot.my/2015/10/rahsia-kulit-wajah-cantik-di-samping.html :)

Anonymous said...


Parti Islam akan bertambah kuat, kukuh dan mantap selepas badut, pelawak dan tukang karut yang kecewa keluar dari parti Islam dan menubuhkan parti kuali yang bernaung di bawah ketiak parti kafir DAPig. Pembersihan ini memberi banyak faedah kepada parti Islam.

nizar said...

tak apalah parti kuali pun.. .asalkan jangan jadi parti ajaran sesat @ parti baiah cerai bini @ pascai..
harap kerajaan kelantan siapkan kemah baru sebab musim banjir dah dekat & kekalkan kemah lama & bertambah lagi la kemah2 mangsa banjir di kelantan

nizar said...

Kalau keparat janganlah nak berlagak pandai nak hurai isu koporat negeri Kelantan. Pak Hashim dah cek/siapa BOD 1990-2914 GLC di Kelantan. Keparat2 ni dah dengar ka dari DHM sendiri apa yg berlaku sebenarnya pada era itu & apa yg sedang berlaku di kelantan kini. Jangan lah nak tutup masalah kelantan kini macam nak tutup tubuh bogel pompuan yg selalu Pak Hashim siarkan tu..
Cuba la Pak Hashim antar gambar2 tu kat lebai2 PAScai supaya jangan dok melalut/meroyan ntah apa2 ..

Anonymous said...

Yg huruf besar diatas kononnye drp husam musa. Itu rekaaan saja lah. Mgkn drp PasChai atau amno. Data nye mcm direka sahaja. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails