Thursday, October 08, 2015

DAP Tetap Pertahan P/Harapan, Tanpa PAS PH Tetap Menang PRU14


PAS yang membuat keputusan tidak menyertai gabungan baharu pembangkang terus diserang DAP malam tadi pada majlis makan malam mengutip dana bagi parti serpihan mereka, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan prestasi yang baik di kubu kuat mereka Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru katanya, gabungan baharu pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang tanpa PAS sekalipun.

"Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh.

"PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri," katanya di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, perkara itu jelas kelihatan sewaktu bencana banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu yang menyaksikan seolah-olah kerajaan negeri "langsung tidak ada".

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata partinya tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS walau apa cara sekali pun.

"Kita tak boleh bakar jambatan dengan mereka, kita tetap perlu bercakap dengan mereka. Jika tidak, kita akan bertanding dalam suasana pilihan raya yang sama-sama merugikan semua pihak.
"Ia mungkin OK buat DAP dan PAS (tidak bertegur sapa) tetapi kami perlu memandu ruangan ini dan menjadi jambatan di antara mereka," katanya sewaktu berada sepentas dengan Pua sewaktu sesi soal jawab selepas makan malam. 

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua pula PKR tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas. Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu. (IH)

5 comments:

Anonymous said...



Tanpa sokongan parti Islam, Pktn Harapan Tidak Mempunyai Harapan untuk menang dalam PRU14 ! Huwaa....huwaaa....huwaaa....huwaaa...

Anonymous said...

Salam semua,

Tanpa sokongan Pakatan Harapan, PAS hilang Kelantan dalam PRU14 !
Huwaa....huwaaa....huwaaa...huwaa....

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Parti Amanah Negara (AMANAH) juga adalah parti Islam seperti PAS, bezanya pendekatan kedua-dua parti Islam ini berbeza. AMANAH berada dlm Pakatan Harapan (PH), jadi PH dah ada dah sokongan parti Islam. Insya-Allah PRU14 kelak, BN akan digantikan dgn kerajaan Pakatan Harapan.

Anonymous said...


Bagaimana parti kuali boleh mendakwa ia adalah parti Islam sedangkan ia bersekutu dengan DAPig yang menentang hukum Allah? Bukankah syarat bersekutu dengan DAPig ialah menolak Hudud? Parti kuali parti Islam konon ! Kah...kah...kah...kah...lawak !

Anonymous said...


Salam semua,

Kenapa parti pingpong boleh mendakwa ia parti Islam sedangkan ia bersekutu dengan UMNO nak buat hukum Hudud??? Bukankah syarat bersekutu dengan UMNO ialah melaksanakan Hudud??? PArti pingpong parti Islam konon !!!

Kah...kah...kah...kah...lawak kena tipu!!! Yang bodoh sangat apa hal!!!!

Kalau pandai sangat kenapa kena buat Hudud di Malaysia sekarang??? Kenapa pecah amanah, penyelewengan, rasuah di Malaysia menjadi-jadi sekarang tak nak pulak selesaikan??? Menentang penyelewengan, kezaliman dan pecah amanah tu bukan ajaran Islam juga ke??? Islam tu Hudud je ke???

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails