Thursday, October 08, 2015

Amaran Tian Chua: PKR Kalah Teruk, Jika Tiada Kerjasama PAS..

Tian-Chua-,pas-pkr
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas. Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.
“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.

Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.

FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan. (FMT)

6 comments:

Unknown said...

apa jaminan yg pas tak akan khianat mcm dulu?

mungkin pas akan pastikan ia parti dominan dlm kerajaan. pas akan letak calon bertindih dikerusi pkr agar adun pkr dpt dikurangkan spt yg berlaku pru lepas.

org bodoh sj yg tak belajar dr pengalaman.

Anonymous said...

Tak boleh kira otak arnab itu..

bat8 said...

Tian Chua ni elok masuk DHPP. Dia tokoh untuk jadi pengerusi DHPP.......tak gitu?

Anonymous said...

Salam semua,

Memang pernah berlaku PAS meletak calon di kawasan yang dijanjikan untuk PKR.Walaubagaimanapun, isu yang lebih utama adalah keengganan PAS sendiri untuk menyertai Pakatan Harapan kerana tidak mahu bekerjasama dengan 'Pengkhianat' dan DAP.

Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang sendiri pernah menekankan kepentingan bersama dengan merujuk kepada Saidina Ali ketika menangani masalah pembunuhan Saidina Usman bin Affan. Saidatina Aisyah sendiri mengaku salah terhadap ijtihadnya.

Yang berbeza, Saidina Ali berlapang dada menerima kembali sahabat-sahabat yang tidak sependapat dengannya. Tidak pernah beliau melabelkan Saidatina Aisyah dengan panggilan pengkhianat, munafiq haraki, rosak akidah dan sebagainya. Sedangkan puak 'pengkhianat' tersebut telah dihalau, dicerca, dimaki hamun dan macam-macam lagi. Kini, tidak mahu berunding seolah-olah keluar PAS itu semacam keluar Islam!!!

Kepada Presiden PAS, kalau nak mencontohi Saidina Ali contohilah sepenuhnya. Jangan sekerat-sekerat. Ambillah Islam itu sepenuhnya jangan sekerat-sekerat.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...


Parti-parti pembangkang akan mengalami kekalahan yang teruk dalam PRK dan PRU 14 jika jentera pilihanraya PAS dan seluruh penyokong grassroot (akar umbi) PAS tidak mahu menyokong mereka. Orang-orang yang cerdik memang mengetahui PAS mempunyai penyokong grassroot yang kuat dan komited di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Berdasarkan fakta ini PAS mempunyai peluang yang baik untuk memenangi lebih banyak kerusi DUN dan parlimen dalam PRU14.

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah parti-parti pembangkang (kecuali DAP) mempunyai penyokong grassroot yang lemah dan tidak jelas. Penglibatan segelintir orang Melayu dalam Bersih 4 menunjukkan parti-parti itu tidak mendapat sokongan orang Melayu di peringkat grassroot. PKR memenangi kerusi DUN dan parlimen kerana undi penyokong PAS.

Walaupun DAP mempunyai penyokong grassroot Cina yang kuat tetapi DAP akan kehilangan sokongan orang Melayu kerana DAP menentang hukum Allah dan pelbagai isu terbaru yang berkait dengan agama Islam dan orang Islam. Ini bererti DAP akan mendapat kurang kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU14 !

Anonymous said...

Salam semua,

PAS atau UMNO yang mempunyai penyokong grassroot yang kuat??? Kalau kuat sangat mempunyai grassroot Melayu teramai mengapa PAS kalah di Terengganu yang 90% orang Melayu Islam??? Mengapa tak pernah menang di Kedah yang mana orang Melayu majoriti sekolah pondok banyak kecuali ketika bersama Pakatan Rakyat???

Mengapa PAS menang di Kelantan tahun 1990??? Bergabung dengan Semangat 46??? Kenapa sebelum itu kalah??? Bersendirian???

Mengapa PAS menang di Terengganu??? Bergabung dengan Barisan Alternatif??? Kenapa lepas tu kalah??? Bodoh???

Mengapa PAS menang di Kedah??? Pakatan Rakyat??? Lepas tu kalah??? Bergaduh sesama sendiri???

Orang2 yang cerdik tahu PAS tak boleh menang tanpa gabungan sebab grassroot tak kuat.
Kalau DAP tentang hukum Allah UMNO lagi menentang hukum Allah!!! Hukum hudud pun dia buat main2. Islam tak benarkan rasuah DAP pun tak tapi UMNO??? Tak payah cakaplah saya dulu hidup dikalangan mereka!!! Ini bererti PAS akan melingkup dalam Pru14!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails