Thursday, October 08, 2015

10 Wakil Rakyat Pas K'tan Akan Lompat Ke Parti Amanah?

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

KOTA BHARU - Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas' apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Harapan Baharu Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 September.

Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga anggota Parlimen dan tujuh Adun dari negeri ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat Pas Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada PRU13.


Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat Pas adalah sah, kata Kamarul Zaman.

"Sebaliknya, wakil rakyat Pas Kelantan yang keluar daripada Pas inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika wakil rakyat Pas Kelantan tetap keluar daripada Pas di sebalik bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata kedua-dua ahli Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.

"Saya melihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat Pas Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada Pas.
"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket BN tetapi tidak pernah menang sehinggalah beliau bertanding di atas tiket Pas, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya.

Pas menguasai majoriti 32 kerusi Dun di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi. Kamarul Zaman berkata jika benar tujuh Adun Pas melompat parti dan menyertai Amanah, Pas Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.  

"Jika pun 10 wakil rakyat Pas Kelantan, terutama tujuh Adunnya ini benar-benar keluar daripada Pas menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan Pas Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dun yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.
"Pada masa yang sama, kemungkinan untuk tujuh Adun Pas Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya. - Bernama

13 comments:

Anonymous said...

hebat sgt ke PAN?? mabuk teruk mamat ni.. hahahahaha

Anonymous said...

PAN tak hebat. Tapi PAS yang haru-biru... Sekejap ketawa. Sekejap menangis. Sekejap menjerit. Sekejap memujuk.....

Anonymous said...

Salam semua,

Saya percaya sekiranya wakil rakyat tersebut berpelajaran tinggi dan rasional, mereka akan berhijrah. Analisis politik berpendapat bahawa antara sebab PAN mendapat tempat di Selangor dan Johor adalah kerana penduduknya ramai yang 'celik'.

Yang tak celik tu yang suka tuduh orang mabuk teruk tanpa rasional.

Yang jahil,

Nobody

paparock said...

Kalau rasa nak keluar sangat...keluar je..ikut jer fatwa mufti penang dan perlis tuuu...semelih sekor kambing boleh langsai baiah. bila langsai baiah, taklik pun beres...fatwa progresif...2 dalam 1...kalah kopi jantan...mana mahu dapat beb...HANYA DALAM PARTI amanah beb...tajaan tokong besar...

Anonymous said...

Salam semua,

Isu baiah itu harus dilihat daripada semua sudut. Mungkin kita boleh membincangkannya dari sudut perundangan konvensional kemudian dari sudut Islam.

Akta kontrak 1950 ada menyebut bahawa kontrak untuk sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang adalah tidak sah. Contohnya kita berjanji menjual dadah dan pembeli berjanji membayarnya setelah dadah sampai. Considerasi tersebut menyalahi undang-undang sebab itu ianya tidak sah.

Sekiranya terdapat kontrak membekalkan dadah atau gandum pada sekian harga, maka kontrak menjual dadah itu tidak sah sementara gandum itu sah. Pembeli hanya terikat untuk membayar sekian harga untuk gandum tadi.

Berbalik kepada hukum Islam contohnya nazar. Bolehkah kita bernazar sekiranya mendapat sesuatu perkara kita akan berzina??? Zina itu haram jadi nazar tu apa??? Kalau buat nazar tu juga dapat pahala ke dosa???

Begitu juga dengan baiah tersebut. berbaiah dengan sesuatu perkara yang zalim maka hukumnya apa??? Menganiaya isteri bukankah hukumnya haram??? Jadi baiah tersebut apa hukumnya???

Sepatutnya ulama PAS teliti dalam perkara ni. Buatlah baiah misalnya kalau langgar baiah derma RM 50,000.00 kepada fakir miskin. Barulah baiah atas perkara yang halal!!! Ni kita pula bersekongkol dengan perkara yang zalim!!

Tak kisahlah mufti Kelantan nak cakap apa. Beliau manusia boleh buat salah. Boleh jadi beliau tidak terfikir hujah di atas tadi.

Kita jangan jadi seperti ulama Saudi pada permulaan abad ke 20 (1900++) yang melarang orang Arab belajar Bahasa Inggeris, belajar Sains dan belajar Geografi.

Alasannya, belajar Bahasa Inggeris boleh menyebabkan umat Islam membaca Bible dan murtad. Belajar sains akan membolehkan umat Islam membuat kamera dan mengambil gambar makhluk bernyawa dan ianya haram di sisi Islam. Belajar Geografi pula boleh menyebabkan umat Islam mengetahui bahawa bumi itu bulat dan ianya bertentangan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Sejak bila ambil gambar itu haram?? Hukum jatuh mengikut tujuan. Gambar IC dan passport malahan jadi wajib sebagai identiti seseorang. Gambar porno atau gambar untuk kita sembah memanglah haram!!! Kalau ikut ulama Saudi tersebut memang kita nak mampus!!!


Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...


KHABAR ANGIN: 10 Wakil Rakyat Pas K'tan Akan Lompat Ke Parti Amanah? Inilah contoh khabar angin parti kuali yang tidak masuk akal.

Jika khabar ini benar, mengapa mereka perlu tunggu tahun 2016? Mengapa mereka tidak lompat sekarang jika mereka benar-benar mahu melompat?

Inilah contoh propaganda parti kuali yang tidak mendapat tempat dikalangan orang-orang Melayu kerana parti kuali dilihat bernaung di bawah DAP.

Anonymous said...


Parti kuali dan dapig bercakap besar tetapi mengapa macai-macai parti kuali dan dapig Sekejap ketawa, Sekejap menangis, Sekejap menjerit, Sekejap mengutuk...

Ini tanda-tanda penyakit apa?

Anonymous said...

Salam semua,

Politic is a game of numbers and a game of perception. Lagi ramai yang sokong lagi lagi kuat parti itu. Ataupun persepsi kerana persepsi baik akan menyebabkan meningkatnya sokongan. Mungkin ada wakil rakyat yang menunggu rakan masuk dulu baru join sekali.

Hanya kerana berkongsi prinsip dan matlamat tidak bermakna sesuatu parti bernaung di bawah parti yang lain. Kalau macam tu PAS nak melaksanakan hudud UMNO pun nak laksanakan hudud jadi parti pingpong dilihat bernaung di bawah UMNO/BN??? Jadi ke hudud atau kena tipu lagi sekali kah, kah, kah!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

PAS yang cakap besar boleh bergerak bersendirian konon, sekarang meracau pulak!!!

Baru semalam menuduh Parti Amanah tak amanah kerana merampas aset yang diwaqafkan kepada PAS rupa-rupanya aset tu bukan waqaf untuk PAS pun!!!

Tu la, jadi ulama mestilah teliti. Jangan isu baiah pun tak boleh jawab, isu waqaf pun rupa-rupanya bukan waqaf nanti jadi macam ulama Saudi kurun lepas. Bumi bulat bertentangan dengan pegangan ahli sunnah wal jemaah!!! Sebabnya ada ayat al-Quran contohnya surah An-Naba' mengatakan bumi ni terhampar. Sejak bila terhampar sama dengan 4 segi???

Siapa nak ikut ulama2 macam ni tak cermat dan teliti dalam menghukum!!!

Yang jahil,
Nobody

Unknown said...

Akhir2 ni hujah puak pascai tak lari dari dap. Seperti ambil alih tugas kumpulan propaganda umno. Kenapa tak tak tanya ustaz siku lutut yg mendpt undi dap di temerloh sehingga bergelar yb? Kenapa dulu sepakat dgn dap unt bgelar yb ? Memang puak pascai ni bahlol dan bodoh. Telah bulat2 auta hadi dan harun.

Unknown said...

Akhir2 ni hujah puak pascai tak lari dari dap. Seperti ambil alih tugas kumpulan propaganda umno. Kenapa tak tak tanya ustaz siku lutut yg mendpt undi dap di temerloh sehingga bergelar yb? Kenapa dulu sepakat dgn dap unt bgelar yb ? Memang puak pascai ni bahlol dan bodoh. Telah bulat2 auta hadi dan harun.

Anonymous said...

Lu pula pula ambil alih macai DAP.. ha ha ha

Anonymous said...

PAS HARU....BIRU PLUS HIJAU.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails