Friday, September 25, 2015

Tak Praktikal Anwar Calon PM -Khalid Ibrahim

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegur Pakatan Harapan kerana mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya mereka memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, lapor Utusan Malaysia.

Menurut ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, keputusan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri menimbulkan pelbagai isu sekiranya tidak disusuli dengan kajian terperinci dari sudut undang-undang memandangkan ketua umum PKR itu disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara.

"Perkara itu (keputusan pilih Anwar) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa sidang meja bulat Pakatan Harapan mengumumkan suaminya sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu dikekalkan kerana pihaknya percaya Anwar pemimpin paling sesuai menagani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir dan kebajikan rakyat.

Anwar disabitkan bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.

Sementara itu, PAS pula melihat keputusan Pakatan Harapan itu sebagai tidak realistik.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut tidak boleh dianggap muktamad kerana Anwar masih berada di dalam penjara. - 25 September, 2015. 

5 comments:

Anonymous said...

Sudah la PAS or Takiyuddin...
Meeting pun tak nak datang...mau komen pulak
Perghhhhh...mmg standard PAS PIS PUS

Anonymous said...

Itukan perancangan. Tentulah tak praktikal buat masa ni. Jika ditakdirkan Allah PH menang dan pada masa tu sesuai Anuar utk jadi PM, maka perancangan boleh dilaksanakan. Sama juga kesnya dgn Nelson Mandela. Terpenjara tetapi rakyatnya mahukannya menjadi presiden dan akhirnya terlaksana walau pun beliau uzur. Itu pun kalau percaya kepada qada dan qadar.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Isa MJ said...

Tak kan x ada orang lain yg boleh pakatan harapan namakan untuk kerusi PM kalau menang ke putra jaya le..
Kenyataan ini membuat "rakyat" dah muak dg nama Anuar Ibrahim..Wan Azizah...Nur Azzah..apa x ada orang lain ke..rafizi ke..azmin ali ke..mat sabu ke.
.Harapan ke putra jaya x akan kesampaian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails