Wednesday, September 23, 2015

Pas Tolak Kerjasama Dengan Pakatan Harapan -Kosmo!

KOTA BHARU – Gabungan baharu parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan menerima tamparan apabila Pas bertegas untuk tidak terlibat dengan pakatan itu. Bagaimanapun, Pas tetap meneruskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun tidak menyertai Pakatan Harapan.
Menuut Kosmo! Online hari ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR walaupun menolak Pakatan Harapan.
“Pas menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri, bagaimanapun Pas tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Pemimpin Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan me­syuarat di Kota Bharu malam tadi berhubung perkembangan terbaharu Pakatan Harapan tanpa disertai parti itu.
Terdahulu di Subang Jaya, Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan pembentukan gabungan baharu parti pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, penubuhan Pakatan Harapan dipersetujui secara sebulat suara oleh pimpinan ketiga-tiga parti itu dalam satu rundingan meja bulat di sini semalam.
Beliau bagaimanapun me­ngakui Pas tidak bersama dalam gabungan baharu parti pembangkang tersebut tetapi parti itu didakwa masih boleh menyer­tai Pakatan Harapan.
Turut hadir beberapa pemimpin pembangkang yang lain termasuk Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.
Dulu lain, sekarang lain, akan datang?
Menurut Malaysiakini semalam, Pakatan Harapan - pakatan politik PKR, DAP dan AMANAH - bersetuju memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.
Langkah pertama Pakatan Harapan itu diumumkan melalui satu kenyataan yang dipersetujui Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Sementara itu, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Harapan  tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan Selangor. Azmin berkata, pembentukan gabungan itu hanya melibatkan perancangan politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang. (IH)

5 comments:

ctpayung said...

Pakatan harapan dap.sukalah geng mat sabu sbb berjaya mengantikan pas dlm pakatan.tp knpa sy rasa bagai masih nak gelakkan depa.saya rasa tanpa pas depa ni melawak sj.sy dpt rasa yg mereka sudah rasa ada yg tak kena dgn meja bulat mereka.sy dpt rasa dipihak rakyat ada yg rasa terkilan.entah rasa terkilan itu akan menghukum siapa pas atau dap.apa yg pasti pakatan itu tentu menerima bahangnya.bn pula tentu dpt menanguk sedikit diair yg keruh.barangkali dpt menjernihkan sedikit kolam mereka yg sudah teruk tercemar.

Anonymous said...

Tanpa PAS, the pakatan is actually, DAP and the suppoters.
PKR, hanya broker, tanpa PAS, takder modal nak nego ngan DAP.
PAN pulak, parti pemimpin, ramai pemimpin dr ahli, berapa bnyk ahlinya, berapa bnyk pulak jenteranya ?

Anonymous said...

Kami ahli2 Pas di Perak mencabar Hj Hadi supaya berterus terang apakah mahu bersendirian atau mahu berpakat dgn UMNO dlm PRU 14 nnt.

Kami tidak suka pemimpin yg berdolak dalih dan senyap2 mengkhianati pengundi.

Berterus terang pada pengundi jika mahu jadi pemimpin yg jujur.

Anonymous said...

Mcm paderi kristian zaman dulu cakap, I am a man of God, my words are God word. Don,t play play
Takut ada Pak Lebai Pak Lebai skg perasaan mcm tu

Anonymous said...

Tahniah TGHH. Yg penting hudud keutamaan. Jgn nnti dikata khianat pd agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails