Tuesday, September 22, 2015

Orang Islam Tak Boleh Jadi Presiden. AS Perkauman Anti Islam.

Remaja Muslim Amerka sedang Sholat (Foto : Merdeka)

WASHINGTON – Pesaing calon pilihan raya Presiden daripada Parti Republikan, Ben Carson (gambar di sebelah) menimbulkan kontroversi kelmarin apabila beliau menegaskan orang Islam tidak wajar menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).
Dalam wawancara program Meet the Press terbitan stesen televisyen NBC, Carson yang merupakan bekas pakar bedah saraf dan berpegang kuat kepada ajaran agama Kristian ditanya sama agama anutan seorang Presiden menjadi isu pen­ting.
“Pada saya, ia bergantung kepada agama apa yang dimaksudkan. Jika kepercayaannya tidak selari dengan nilai dan prinsip AS, maka, sudah tentu ia menjadi isu penting tetapi tiada masalah jika agamanya konsisten dengan Perlembagaan negara.
Ditanya sama ada beliau percaya agama Islam konsisten dengan perlembagaan AS, Carson menjawab: “Tidak, saya rasa tidak.”
“Saya tidak menyokong kita meletakkan orang Islam mengetuai negara ini. Saya sangat tidak bersetuju de­ngan langkah sedemikian,” tambahnya.
Isu tersebut ditimbulkan beberapa hari selepas pendahulu calon Presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump tidak membantah kenyataan seorang peserta kempennya yang mendakwa Presiden Obama ialah orang Islam.
Trump menyatakan, beliau ‘tiada tanggungjawab moral’ untuk mempertahankan Obama daripada dakwaan tidak berasas itu.
Cara bilionair itu mena­ngani isu tersebut bagaima­napun menimbulkan kemarahan pendahulu senarai calon Presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, White House dan beberapa pemimpin Parti Republikan sendiri. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti, masyarkat AS adalah masyarakat perkauman anti Islam.

1 comment:

Proton saga kelabu said...

Orang yang tak suka beragama ini..samada engkau bagi ingat ke dak...samaaaaa je bagi meke...takan tak tau...meke tau weeknes kita..malas...kuat berangan..suka berhutang..pengotor..dan rajin mengata...reverse je sikit...semua kelam kabut umat kita ni...contoh...seksi jarang dilihag..bila nampak je..stim...meke lain..hari2 terdedah..jadi normal bende tu...kena reverse je..patah riuklah umat ku ni....aduiii....terbalimkan tindakan dan gaya hidul yang disebut tadi..kompom meke respek umat kita ni....itu jelah..kbai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails