Saturday, September 26, 2015

Ambigga & Maria Chin Tinggalkan Meja Bulat Pakatan Harapan Kerana....

BARU AMBIGA TAHU DIKTATORNYA PKR, DAP DAN PEKERJA

Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari keputusan yang langsung tak demokratik.

Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.

Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan PH lagi demokrasi telah dicabul.

Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak lain.

Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.

Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.

Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.

Pemerhati
(Alang Ibn Shukrimun)
(mymassa)

8 comments:

Unknown said...

PKR dengan Parti Pekerja jadi pak angguk saja. Jadi boneka cina DAP.

Anonymous said...

Arang bin timun. Melalut je komen kamu. Aku agak mu ni drp Ganukite. Sokong presiden totok. Biarlah depa bincang. Apo lu nk sibuk. Haha

Anonymous said...

Kah kah kah macai dan balaci Dap dah maroyan .......... tak boleh ditegur langsung .......... kata menjunjung demokrasi ..... ptui !

Anonymous said...

kah kah kah ... Jibun dah kenyang dengan 2.6 Billion. Hangpa dok meroyan ngan meja bulat. kah kah kkah wake up bro.

Anonymous said...

Rakyat ditukar jadi Harapan, apa untuk siapa?

Bukan harapan untuk rakyat,

Untuk Anwar Ibrahim jadi PM bagi PKR.

Untuk Mat Sabu jadi PM bagi Cangkul@Kecewa, mereka tahu.

Untuk LKS atau LGE jadi PM bagi DAP, tunggu peluang, hancur Malaysia, mereka pun tahu.

Mereka tahu yang mana mungkin Anwar jadi PM, cuma harapan.

Harapan yang ada dalam diri golongan kecewa, golongan sekular dan sosialisma. Bukan untuk rakyat.

Ambiga dan Maria pun tahu.

Anonymous said...

parti politik byk strategi....org bkn politik tkkan faham semua...

PH adalh parti politik....mereka berhak menentu hala tuju dn strategik.

anyway ngo blh bersuara mereka diberi hak tp keputusan adalh dr parti politik

klu dm bn dh lama kena halau tu.

jika mereka masih memandang positif pd pas itu hak mereka tp org dlm pas srndiri yg tubuh amanah lbh kenal pas yg sekarang ini

anwar disokong sebagai pm pun adalh strategi...keadaan belum tentu mengizinkn itu berlaku. jika PH menang belum tentu mampu lg nk jd pm.

sosok anwar sgt penting diberi ruang kerana ia srnjata utk menghadapi musuh yg trauma dgn anwar....walaupun kita tau ramai dlm PH yg layak jg jd pm

tp calon pm klu diluar penjara akn menjadi target musuh...ada calon lain tu..tp biarlah rahsia kt siti nurhaliza pun

biar masa menentukn nya....klu srmua nk dedah elok join syed bg makan org kt klia dn buat kebajikn yg lain...kerja mulia jg. itupun ada yg tksuka dn komplen

kita kena ingat pesan nabi saw klu ada 3org seorg mesti jd ketua.... klu srmua jd ketua maka tk bergeraklh kereta sngkut tgh jln

nk cr formula terbaik tkkn ada. formula srkrng adalh nk tumbangkn bn

pas patut lbh selesa skrng kerana bersendirian... apa lg buktikn lah perjuangan anda blh menumbang bn...atau anda menguatkn bn lg

Anonymous said...

Menguatkan BN? Adakah ini satu fitnah? Kalau bukan fitnah buktikan, jangan melapor atau menulis perkara yang tak pasti, atau pun sedara tak tahu menilai mana satu fitnah? Jangan mendosakan diri sendiri kerana PAS.

Anonymous said...

Salam semua,

Perasaan Tuan Guru Hadi Awang dalam meeting yang difikirkan?? Perasaan rakyat dah nak mampus tak nak fikir pulak??? Kalau Haji Hadi terror sangat takkanlah boleh kalah dengan Lim Guan Eng dalam meeting kot??? Bentanglah fakta-fakta sampai tak boleh ditolak orang??? Tak pun malu kot, dah fitnah calon PKR jual dadah masa pilihanraya lepas sampai sanggup bersendirian.

Menguatkan BN??? Orang bodoh nak mampus pun nampak. Tengoklah pilihanraya kampus, Pro Aspirasi BN menang pasal apa??? Undi pembangkang pecah. Fitnah ke tu???

Tak perlu nak masuk BN. Kata-kata "kita mampu bersendirian" macam yang diucapkan Timbalan Menteri Besar PAS dah menguatkan BN. Bodoh nak mampus, Arwah Nik Aziz dan Fadzil Noor pun tak pernah cakap macam tu.

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails