Wednesday, January 07, 2015

Bina Penempatan Sementara Bagi Mangsa Banjir K'tan -Husam Musa




KL: Yayasan Darul Hijrah yang giat menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir kini mengambil langkah proaktif dan berperancangan untuk membina penempatan sementara bagi mangsa banjir di Kelantan.

Pengerusinya Datuk Husam Musa berkata, melalui sumbangan awam pihaknya sedang merencanakan penempatan sementara secara bersepadu dan tersusun yang dilengkapi 40 buah khemah, tandas, surau tempat memasak dan klinik sementara.

Tegasnya, mustahil untuk membina rumah kekal sekelip mata dengan jumlah kerosakan sebegitu besar.

"Melalui ini, mangsa banjir sekurangnya dapat berlindung di bawah penempatan yang dilengkapi pelbagai kemudahan sementara rumah disiapkan. Perkongsian keprihatinan anda semua amat diperlukan bagi merawat kesedihan dan kehilangan ini," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun, katanya Yayasan Darul Hijrah sedang di peringkat akhir mendapat persetujuan orang kampung dan meminta pandangan ramai tentang perancangan itu.  (IH) 
Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

1 comment:

Anonymous said...

Weldon hj husam. Teruskan niat murni bantu rakyat. Hati hati jangan terkena e coli pulak. Tapi tak pe. Ade orang cirit masih boleh main golf kat e bra

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails