Friday, December 12, 2014

Tiada Hasrat Keluar PR, Berbeza Pendapat Biasa -SU PAS


PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.
"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

1 comment:

Anonymous said...

Maaf cakap tapi kalau PAS tak ubah sikap maknanya lebih baik PAS keluar PR. Apa yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang PR ni mungkin akan berakhir sebelum PRU 14 ada benarnya. Mesyuarat majlis presiden hampir setengah tahun tidak dibuat dan dulu waktu ada mesyuarat presiden PAS selalu tidak hadir. Dari sini pun boleh tahu PR ni tunggu masa aje untuk dikebumikan. Kritikan kolumnis Dinsman didalam Harakah minggu lepas berkaitan sifat ulama PAS juga ada benarnya. Menurut Dinsman majoriti ulama termasuk ulama PAS hilang keyakinan terhadap diri dan ilmu menjadi ulama semakin tidak dihormati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails