Tuesday, December 09, 2014

Gaji Wanita Eropah Kurang Dari Lelaki -ILO

Islam sudah memberi keadilan kepada wanita.. 

WANITA di Eropah mungkin lebih berpendidikan atau bekerja lebih kuat daripada lelaki, tetapi gaji mereka kurang sedikit berbanding kaum lelaki, papar Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Perbezaan gaji antara lelaki dan wanita di Eropah berkisar antara sekitar 100 euro hingga 700 euro bagi setiap bulan, ungkap ILO. Wanita di Inggeris mempunyai gaji kira-kira 28% lebih sedikit berbanding rata-rata lelaki, kata laporan tersebut.

"Jurang yang sebenarnya berbeza antara kira-kira 4% hingga 36% di semua 38 negara yang kami teliti," kata ahli ekonomi ILO Kristian Sobeck dikutip DW DE.

Di semua negara yang diteliti, sebahagian dari jurang gaji tidak dapat dijelaskan, membayangkan diskriminasi, sebut laporan itu lebih lanjut.

Penelitian ILO tersebut memperhatikan pendidikan, pengalaman, kekananan, sektor pekerjaan, lokasi dan intensiti kerja.

Didapati bahawa pada kira-kira setengah dari negara yang diteliti di seluruh dunia, wanita mempunyai kombinasi yang lebih kuat atau lebih baik daripada ciri-ciri-ciri-ciri tersebut, namun dibayar kurang sedikit dari lelaki


Mana badan-badan di Eropah dan di dunia yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia atau hak-hak wanita? Nampaknya di negara-negara umat Islam seperti  Malaysia, pembahagian hak-hak wanita dalam hal ini lebih baik dan adil. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails