Monday, December 08, 2014

Arak Kurang Laku Di UK Kerana Orang Islam. Di Malaysia?

Bir kurang laku, politikus Inggris salahkan umat muslim

SEORANG Ahli Parlimen British Lord Hodgson, menilai ada kaitan antara semakin sepinya tempat minum arak (pub) dengan perkembangan penduduk muslim di negaranya. Kerana ajaran Islam melarang pengambilan alkohol, sehingga bir pun jadi kurang laku.

Tuduhan itu disampaikan dalam debat di parlimen hujung minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh The Independent. Hodgson memberi contoh penutupan belasan pub di Bandar Nottingham, Leicester, Manchester, dan Leeds setahun terakhir. Bandar-bandar pelabuhan dan pangkalan kelas pekerja tersebut didiami banyak warga muslim.

"Jelas ada hubungan antara pertumbuhan penduduk muslim yang tidak minum arak dengan tutupnya pub," kata Hodgson.

Untuk pengetahuan, ahli politik tersebut adalah pelobi industri arak di Negeri Ratu Elizabeth itu. Sebelum menceburi di Parlimen, Hodgson mempunya perusahaan syarikat bir.

Kernyataan menyalahkan muslim itu mengundang kecaman daripada pegiat toleransi beragama di UK. Jurucakap Interfaith Fiyaz Mughal menilai Hodgson sangat bengap, malah memalukan diri sendiri.

"Pemasaran produk alkohol tidak pernah berhubungan dengan penduduk muslim, jadi tentu perlu ditanya pada industri kenapa ada perubahan penggunaan," kata Mughal.


 
Gambar ini tersebar di internet.

Jurucakap Dewan Muslim Inggeris Nasima Begun juga mengkritik kata-kata ahli politik itu. Beliau merasa Hodgson hanya mencari kambing hitam gara-gara perniagaannya kini sedang merudum.

"Kalau logik seperti ini dipakai, seterusnya muslim Inggeris akan disalahkan ketika penggunaan daging babi turun."


Di Malaysia, bila lagi kilang arak akan merudum, termasuk di Shah Alam? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails