Monday, October 13, 2014

Saari, Hasnul Digantung Keahlian PAS Selama Setahun


KUALA LUMPUR: PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub‎, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.‎

Mustafa berkata, mengikut Fasal 83(4) dan (5) Perlembagan PAS, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 15 hari.

"Mereka masih lagi menjadi Adun kerana kita hanya menggantung keahlian sahaja.

"Kedua-dua mereka tidak dibenarkan menjalankan apa-apa program rasmi di bawah nama parti," jelas beliau lagi.‎

Mereka dikenakan tindakan berikutan mendahului keputusan parti memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dalam isu Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.‎ - HARAKAHDAILY 12/10/2014

4 comments:

Unknown said...

Sebenarnya tiada tindakan yang diambil. Ini hanya perkara kulit...

Anonymous said...

Sepatutn Tghh dan gang UG yg dikenakan tindakan kwrana merekalah yg mahukan sangat bekerjasama dgn umbo dan cuba utk membelitya

Anonymous said...

la... jawatankuasa PAS pusat pulokk..

bakpo dop Preisden jah buat keputusang solo...

bue maso jah miting miting miting miting nihhh

Anonymous said...

apa makna kalau duduk serumah tapi buat hal sendirian berhad.
seburuk2 umno tak pernah nak membelakangkan parti komponen lain.
sebab ada ciri2 seorang islam oleh ketuanya, hormat sopan dan 'tak pa'.
tapi kenapa Pas sanggup dengan dap lagi? nampak jelas LGE LKS tak mau lagi pas dlm pakatan, siap warning. melayu memang famous dgn 'tak pa' tapi desakan Dap sgt sombong melampau. BAIK PAS BERSATU DGN BN, sama jugak konsepnya, ke putrajaya dulu, kemudian cerita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails