Tuesday, May 27, 2014

Tutup Kilang Cadbury. Tahniah! Atas Saran Imam Besar Masjid Negara.

 
KL: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketegasan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (gambar), yang menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.

Saranan Tan Sri Syaikh Ismail tersebut dibuat hasil susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produk ayarikat tersebut, seperti laporn berita BERNAMA hari ini. Tan Sri Syaikh Ismail berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.
  
"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada depan," kata Imam Besar Masjid Negara itu  kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu hari ini.
   
Ketegasan beliau terserlah walaupun berdepan dengan Presiden AS Barrak Obama baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA khinzir.  Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.
  
"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.
 "Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya.

Editor Weblog Ibnu Hasyim Dr Hj Mohd Hashim (gambar) menyokong pemuh saranan Tan Sri Syaikh Ismail selaku seorang Imam Besar yang mewakili umat Islam di sebuh negara yang terkenal dengan 'Produk Halal'nya di seluruh dunia.

"Jangan kerana nila setitik rosak susu se belanga. Tindakan tegas perlu diambil, supaya kepercayaan negara-negara lain kepada produk halal Malaysia tidak tercemar.
"Juga sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal." Kata Hj Mohd Hashim.

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Jangan percaya produk keluaran Israel-Zionis halal.Dahulu kita pernah menyenaraikan produk Israel yg mesti diboikot. Malangnya ada yg berfikir bhw produk makanan Israel ini diboikot sbb keuntungannya bertujuan membiayai senjata2 yg membunuh umat Islam Palestin sahaja. Umat Islam tetap makan sebab merasakan ia halal dan mendapat logo halal Jakim. Hakikatnya, Israel-Zionis tidak pernah leka sedikitpun utk merosakkan umat Islam.Skrg terbukti produk Kraft satu jenama yg tersenarai dlm produk Israel-Zionis mengeluarkan coklat Cadbury yg haram. Bagaimana dgn produk2 Israel-Zionis yg lain??? Bolehkah percaya tiada DNA babi??? Cth: produk Kraft yg lain, Nestle(antara produk Nestle :Milo,Nestum, susu dll),KFC, Maggi, Colgate dll..(blh check senarai produk Israel yg mesti diboikot). Ada yg mengatakan bhw KFC di Malaysia halal tetapi KFC di luar negara blm tentu halal. Kenyataan ini sama seperti Cadbury. Menurut mereka Cadbury yg dikilangkan di Malaysia halal tapi???selagi ia produk Israel-Zionis kebarangkalian haram sangat besar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails