Wednesday, May 28, 2014

Jom Esok Malam! Hudud, Sesi Dialog Bersama Non Muslim.



KL: Lajnah Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Persatuan Progresif  India Malaysia (MIPAS) akan menganjurkan satu sesi dialog bersama wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGOs) Non-Muslim, (NON-MUSLIM NGOs).

Objektif dialog termasuklah memberi kefahaman kepada non-muslim..
  • apa itu Hudud; Qisas dan Takzir; 
  • Menghilang ketakutan atau hududphobia non muslim terhadap hukum hudud; 
  • Memberi ruang dialog dan soal jawab kepada non muslim; 
  • Ikrar DHPP menyokong Enakmen Kanun Jenyah Syari’yyah 2 Negeri Kelantan.
Antara pembentang termasuklah
  • Datuk Takiyyudin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu; 
  • Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat; 
  • dan Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Timbalan Pengerusi Lajnah dakwah PAS Pusat. 
Selesai pembentangan sesi dialog akan berlangsung.
Sementara itu MIPAS memuji pendirian Kerajaaan PAS kerana ia menghormati dan mengambil kira semua cadangan, sentimen agama dan pandangan daripada rakyat jelata untuk mengadakan satu sesi dialog bersama non-muslim.

“MIPAS memberikan keyakinan dan jaminan supaya kita jangan rasa takut, risau dan bimbang untuk menghadiri program hudud sesi dialog ini. Tambahnya buat masa ini masyarakat di negara ini masih ramai yang tidak faham erti hudud, lebih-lebih lagi mereka yang bukan beragama Islam.” Ujar S Barathidasan, Setiausaha Agung, MIPAS. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails