Thursday, May 29, 2014

Ahmad Maslan Lompat Parit Lari Malam Yop! He He He..


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis kempen di Teluk Intan. Gambar fail The Malaysian Insider.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis kempen di Teluk Intan. Gambar fail The Malaysian Insider.




















Mungkin kerana malu dengan kenyataannya dalam satu majlis kempen di Teluk Intan berhubung 150 ahli DAP mahu keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan didakwa cuba mengelak diri daripada media.

Timbalan menteri kewangan dan ketua penerangan Umno itu dilaporkan melarikan diri daripada media malam tadi, dengan cara menyampaikan ucapan yang panjang dan elak menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu.

Ahmad juga didakwa cuba menyeberang sebuah parit untuk mengelak wartawan yang menunggunya, selepas menyampaikan ceramah kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Selepas selepas menyampaikan ucapan, wartawan terdengar Ahmad bertanya kepada pembantunya di mana pintu masuk dewan itu.
Ketika pemberita berkumpul di pintu masuk dewan itu untuk bertanya mengenai pembabitannya dalam dakwaan lompat parti malam Selasa lalu, Ahmad berjalan ke arah parit dan cuba untuk melompatnya.

Malaysiakini melaporkan pembantunya datang dengan lampu suluh untuk menunjukkan jalan keluar.
Walaupun dikejar oleh wartawa yang meminta beliau mengadakan sesi soal jawab , Ahmad hanya terus berjalan keluar tanpa menghiraukan mereka dengan dikelilingi lima pembantunya.
Pada malam Selasa, Ahmad merasmikan satu majlis di mana BN mendakwa 150 ahli DAP menolak parti mereka dan mahu menyokong parti pemerintah.

Bagaimanapun, majlis itu tidak berjalan sebagaimana yang dirancang apabila media yang ingin membuktikan dakwaan itu mendapati tidak semua 150 individu itu adalah bekas ahli DAP.
Seorang wanita yang pada awalnya bergambar dengan Ahmad samba memegang bendera BN mendakwa dia dipaksa ke majlis itu dan tidak pernah meninggalkan DAP.

Sebahagian daripada mereka pula mendakwa menjadi ahli dan penyokong BN sejak sekian lama.
Acara berakhir dengan suram apabila wartawan dilarang oleh pihak penganjur menemubual hadirin yang lain di samping diminta keluar daripada majlis itu. – 29 Mei, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails