Sunday, May 25, 2014

Ini, Jawab BN Melalui Lidahnya Utusan. DAP Gagal..


DAP memperoleh 41,242 undi. BN memperolehi  00 undi. BN yang tidak gagal tapi kalah?

Keputusan PRK B/Gelugur Hari ini:
DAP - 41,242
PCM - 3,583

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 799

Abu Backer Sidek - 225

BN- 000
Undi Rosak - 539

Majoriti - 37,659



UTUSAN ONLINE: DAP gagal pertahan majoriti di Bukit Gelugor
PULAU PINANG 25 Mei - DAP gagal mempertahan majoriti yang dimenangi parti itu di kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan hari ini, Ramkarpal Singh Deo hanya memperoleh 41,242 undi.


Dengan majoriti sebanyak 37,659 undi, Ramkarpal gagal mengulangi majoriti tinggi yang diperoleh bapanya, mendiang Karpal Singh ketika memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu sebanyak 42,706 undi.


Selain tidak berjaya memenuhi sasaran meningkatkan majoriti, DAP juga menerima tamparan hebat selepas gagal menarik sokongan pengundi di salah sebuah Parlimen yang dianggap kubu kuat mereka. 


Dalam PRK itu, hanya 56.04 peratus iaitu sebanyak 46,099 pengundi daripada keseluruhan 82,431 pemilih menjalankan tanggungjawab mereka di 17 pusat mengundi sebaik sahaja proses pengundian tamat pada pukul 5 petang ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails