Tuesday, May 27, 2014

Presiden PAS: PAS For All, Undi Dyana. 5 Mesej.


TELUK INTAN: PAS melancarkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana' sebagai sokongan parti itu pada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan slogan tersebut pada satu taklimat kepada jentera PAS di Markas Induk PAS PRK, Padang Tembak dekat sini, petang semalam.

"Saya minta setiap jentera kempen PRK kali ini menjalankan tugas tanpa was-was, bertugas dengan penuh semangat dan eratkan kerjasama.
"Bagi memastikan kerjasama kita dalam pilihan raya ini, PAS telah mengumumkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana'," jelasnya.

Beliau berharap agar pengundi Melayu dapat memberi sokongan kepada calon Melayu, Dyana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus kekal di Parlimen Teluk Intan. Kain rentang tersebut telah diserahkan kepada jentera PAS untuk digantung di 18 Unit Peti Undi (UPU) bagi menarik keyakinan pengundi Melayu untuk memilih calon DAP pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini.

Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bersama ahli Pakatan Rakyat semasa kempen DAP untuk Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di Taman Industri Anson semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.  
Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bersama ahli Pakatan Rakyat semasa kempen DAP untuk Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di Taman Industri Anson semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014. 

Sementara itu, Dyana Sofya Mohd Daud berkata semalam, satu undi untuknya pada Pilihan Raya Kecil (BN) Teluk Intan Sabtu ini bermakna menghantar lima mesej kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Iaitu:
  • Kami menentang kenaikan harga barang. Sebelum pilihan raya umum, mereka janjikan pelbagai perkara, namun kini semua janji tersebut dilupakan. (Harga) elektrik sudah meningkat, petrol sudah meningkat, gula juga meningkat. Tetapi gaji masih belum meningkat, walaupun tekanan darah kami meningkat tinggi. Kami menentang kenaikan harga barang," katanya.
  • Mengundi  DAP menunjukkan kepada BN bahawa, mereka juga menolak politik perkauman, sambil mengatakan kerajaan memerintah itu sering menggunakan isu kaum untuk memecah-belahkan rakyat.
  • Mesej ketiga, kata Dyana Sofya, adalah pengundi menolak keganasan politik dan budaya samseng kerana sering diganggu penyokong BN sejak mula berkempen.
  • Mesej keempat adalah kita akan memberi pengiktirafan kepada wanita dan meningkatkan bilangan wanita dalam Parlimen. Teluk Intan belum pernah lagi mempunyai wakil wanita, ini mungkin kali pertama.
  • Kita mesti menghantar suara anak muda ke Parlimen.
Penyokong DAP semasa kempen DAP untuk Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di Taman Industri Anson semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.  
Penyokong DAP semasa kempen DAP untuk Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di Taman Industri Anson semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014. 

Pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak bermula pada pukul 8 pagi ini. Proses pengundian itu yang kebanyakannya melibatkan anggota polis dan keluarga mereka akan berakhir 5 petang ini.

Mereka merupakan antara 60,349 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini. Daripada 60,349 pengundi itu, sebanyak 23,301 merupakan pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina manakala pengundi India pula 11,468 orang.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails