Saturday, May 31, 2014

Presiden PAS Sesak Nafas Di Hospital Istanbul, Doakan Beliau...






KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran mengalami masalah kesihatan.

Dalam satu mesej kepada Harakahdaily, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersama beliau berkata, beliau dibawa dengan ambulan kira-kira jam 8.45 malam tadi waktu Malaysia.

Difahamkan, Tuan Guru Abdul Hadi kini dirawat di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.

Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu.

"Beliau (Ustaz Hadi) dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. - HARAKAHDAILY 30/5/2014

5 comments:

Anonymous said...

Ya Allah janganlah Engkau Matikan Hadi Awang kerana sakit biasa, Hadi Awang Mengkafirkan Orang Islam, memutuskan silatulrahim, memfitnah dan menggunakan Islam untuk kepentigan dirinya sendiri.

Dosanya Kepada Keluarga Aku di Kuala Terengganu sehimgga memecah-belahkan hubungan ahli keluarga, memutuskan silatul-rahim umat, aku tidak ampunkan dunia dan akhirat.

Ya Allah, Jika sekiranya Hadi Awang Mati dipanah petir, aku ampunkan dosanya yang terlalu besar buat aku dan keluarga kami.

InsyaAllah.

Anonymous said...

Doa 1.19 macam doa pembesar-pembesar kafir Quraisy je lebih 1400 tahun yang lalu.

Anonymous said...

moga di berikan taufik dan hidayah kepada mu 1.19

Anonymous said...

1.19..jgn jd pengikut dajjal d akhir zaman..moga peroleh taufik dan hidayah Allah swt...kpd bapak presiden,doa kami sentiasa bsamamu..ishaAllah...

Anonymous said...

Apa yang Hadi Awang ajar, hingga di gelar Guru (Ustaz) ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails