Friday, May 30, 2014

Kerana 'perempuan simpan' ADUN T'ganu Letak Jawatan?


PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji. Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.

Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu. Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi).

FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal. (Sumber Free Malaysia Today -FMT)

1 comment:

Anonymous said...

Ini juga tarbiah BN sejak merdeka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails