Friday, May 30, 2014

Ibu 5 Anak Didakwa Al-Qaeda & JI Ke Mahkamah Tinggi.


KL: Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan kes seorang suri rumah yang didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial bulan lepas, ke Mahkamah Tinggi.
  
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.
  
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan berhubung kes itu. Jumaat lepas, Azizah Md Yusof, 54, didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook 'Wan Jah'.
  
Azizah didakwa melakukan perbuatan itu di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada kira-kira 2 petang, 24 April lepas mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun keseksaan.
  
Ia membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang diguna atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu. Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa melakukan kesalahan serupa melalui akaun Facebook 'Azizah Yusof' di tempat, tarikh dan waktu sama.
  
Ibu kepada lima anak itu diwakili peguam Nadzarin Wok Nordin dan KC Suzalena Salleh.  Media sebelum ini melaporkan polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan seorang wanita yang dipercayai terlibat bersama sembilan lagi dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan.
  
Mereka ditahan bersama pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa. - Bernama

2 comments:

Kemohsabe said...

Sekarang ni kena berhati kalau tulis kat media social atau internet silap tulis memang ke balai.

Anonymous said...

undang undang di buat untuk mengampu America .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails