Monday, December 02, 2013

Percayakah, Sultan Brunei Ambil-alih Kawal Lalu-lintas?


 

Kata Blog Omak Kau:

"Omak Kau mendapat kiriman gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.

Amat kagum dan hormat atas sikap yang di pamirkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Amat kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
 

3 comments:

Anonymous said...

pls add me at FB : airmatabuaya amb

mohd.azrul said...

sultan.johor.dan.tmj.berjiwa. rakyat.jadi.jgn.hina.sultan.yg.disayangi.rakyat.johor.

Unknown said...

Mantap....Sultan kelantan berjiwa rakyat jgk kan??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails