Thursday, December 05, 2013

Kesal, 15,000 Penduduk Kuantan Terperangkap -Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menyelar kerajaan pusat di atas kegagalan menghantar bantuan dan menggerakkan operasi menyelamat kepada mangsa banjir di Kuantan dengan segera.
Menurut beliau, keadaan di Kuantan kini sudah lumpuh sepenuhnya dan dipercayai lebih 15,000 penduduk terperangkap.

"Masih tidak ada angka rasmi mengenai jumlah mangsa banjir namun bagi populasi tiga kawasan terjejas Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar ialah seramai 170,00 orang.
Malah menurut beliau, keadaan banjir di Kuantan bertambah parah apabila bekalan elektrik kini dilaporkan terputus hingga menyukarkan mangsa mendapatkan bantuan.

"Banjir ini paling teruk pernah berlaku di Kuantan. Mereka menunggu bantuan, tidak makan sejak semalam.
"Ini semua tanggungjawab kerajaan pusat. Kita bukan power rangers yang boleh buat semua. Kita perlukan kerajaan untuk menghantar bantuan," katanya.

Mengulas mengenai penolakan usul beliau untuk Kuantan diisytiharkan darurat, Fuziah berkata ia merupakan usahanya bagi semua pihak agar dapat memberi fokus menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

"Ahli Parlimen Kinabatangan marah-marah dan tanya apa saya buat di sini, perlu balik jenguk kawasan saya tetapi jika saya balik, bagaimana nak pastikan tindakan menghantar bantuan dapat disegerakan," katanya.

Pada masa yang sama, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sudah mengesahkan operasi menyelamat dilakukan. Bagaimanapun, ia selalunya dilakukan tanpa ada perbincangan dengan ahli Parlimen.

"Saya berterima kasih kepada mereka yang menghantar bantuan, Menteri Kebajikan pun turun sekali. Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sudah bertindak.
"Namun yang kita persoalkan kenapa setiap kali MKN melakukan operasi tidak berbincang dengan kita. Ahli Parlimen yang lebih tahu selok belok kawasan sendiri," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti perbuatan diskriminasi yang menghukum rakyat kerana tidak memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu. – 4 Disember, 2013.(TMI)

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman..    
50 uncang RM39.
Baik Atasi Diabetes, darah tinggi, kegemukan dan  rawatan kulit..
Klik di sini..
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails