Pembocor Program perisikan NSA, Edward Snowden mendedahkan, rekod panggilan dikumpul dan disimpan dalam pangkalan data menggunakan peranti Co-Traveler.

“NSA mencuri dengar panggilan dan data dari lokasi bukan sahaja di AS tetapi di seluruh dunia,” katanya dalam laporan Press TV.

Menurutnya, data panggilan juga dikumpulkan dari jutaan rakyat AS yang melancong ke luar negara setiap tahun.

“Peranti Co-Traveler berupaya mengesan panggilan daripada syarikat telekomunikasi seluruh dunia termasuk yang tidak boleh dikesan oleh perisik melalui pergerakan data bersilang,” katanya.

Beliau berkata, NSA mengumpul seberapa banyak data yang boleh walaupun dianggap tiada keperluan buat masa sekarang.

“Perisikan AS mengumpul 27 terabytes data atau lebih dua kali ganda kandungan teks untuk koleksi simpan Perpustakaan Kongres sebelum dicetak. (SN)

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman..      
50 uncang berharga RM39.  Baik Atasi Diabetes, darah tinggi, kegemukan dan  rawatan kulit..
 

Klik di sini..
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.