Thursday, December 05, 2013

332 kes Keganasan Isteri Terhadap Suami.. Dah Terbalik!


Sejak 2008, sebanyak 332 kes keganasan rumah tangga terhadap suami dilaporkan berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat,  Datuk Rohani Abdul Karim (gambar) mendedahkan data itu dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.

"Jumlah kes keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap suami dari 2008 hingga Julai 2013 adalah sebanyak 332 kes," katanya.
"Setiap kes keganasan rumah tangga termasuk terhadap suami adalah dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.

Selain itu, seramai 253, 715 lelaki adalah duda atau bercerai atau berpisah tetap berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
"Angka ini merupakan 3.9% daripada lelaki yang pernah berkahwin.
"Daripada jumlah berkenaan, seramai 201,012 (79.2%) kematian isteri manakala 52,703 (20.8%) pula kerana bercerai," katanya.

Sebanyak RM42, 557, 438 bantuan kewangan diperuntukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan duda atau bapa tunggal yang menyara anak melalui Bantuan Kanak-Kanak.

Sabah mencatatkan peruntukan terbesar yang menerima bantuan tersebut sebanyak RM12,681, 313, diikuti Selangor sebanyak RM6,232,160 dan Kedah sebanyak RM5,360, 910. - 5 Disember 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kenapa dah terbalik, bukan keganasan suami kepada isteri tapi keganasan isteri kepada suami?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails