Tuesday, December 03, 2013

Dua Minggu Lagi Salleh Man Jatuh?

PAS Pulau Pinang mungkin dapat ketua baru

Langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kepimpinan negeri tanpa menamakan mana-mana pihak di Pulau Pinang mewujudkan kemungkinan pesuruhjaya negeri baru sedang dipertimbangkan.

Pertukaran itu dilihat berpotensi tinggi selepas kenyataan tegas PAS negeri sebelum itu yang mahu menyemak semula hubungannnya dalam Pakatan Rakyat, terutamanya di negeri Pulau Mutiara itu.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) ketika dihubungi berkata, keputusan sama ada mengekalkan pesuruhjaya sedia ada Datuk Salleh Man hanya akan dibuat dalam masa dua minggu daripada sekarang.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun memilih berahsia buat masa ini berhubung keputusan itu.

"Mungkin ada rombakan tetapi kami juga tidak pasti kerana ia keputusan presiden," kata Mohamad.

Salleh pula ketika dihubungi berkata: "Mungkin parti masih mencari pihak yang terbaik (sebagai pesuruhjaya)". (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails