Thursday, December 05, 2013

Malaysia Kini Berada Di Penghujung Hayat -Dr Mohd Asri




JIKA kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan Malaysia kini berada di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflis yang memecah belahkan antara rakyat.

Demikian jelas Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ( seorang profesor madya fakulti pengajian islam di Universiti Sains Malaysia, bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam, dalam Malaysiakini hari ini.

"Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya." Kata beliau.

Menurutnya, antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri.

"Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

"Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konflik antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. 
"Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda." Kata beliau lagi.

Menurutnya, Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah: 
  • "Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)." (Surah al-Qasas ayat 4-5).

Di Malaysia, lihat seterusnya Kerajaan di penghujung hayat (IH)
Dr_Asri_Fathul_Bari
Gambar Dr Asri – Fathul Bari di Perhimpunan Agung Umno 2013. Dr Asri dijemput sebagai tetamu jemputan. Dr Asri minta jangan disalah anggap kerana dia menerima jemputan tersebut.

..esok 5hb Dis 2013 inshaAllah saya akan akan hadiri Perhimpunan Agung UMNO sebagai tetamu jemputan seperti mana sebelum ini..saya hanya rakyat marhaen yang bukan mempunyai apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik..sekadar rakyat bawahan yang dijemput mengikuti perkembangan parti-parti secara langsung..harap tiada ada andaian yang tidak wajar dari mana-mana pihak.. FB DrMaza
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman..    
50 uncang RM39.
Baik Atasi Diabetes, darah tinggi, kegemukan dan  rawatan kulit..
Klik di sini..
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

2 comments:

Unknown said...

Bala menanti

Anonymous said...

Bala bagi BN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails