Husam Musa
Datuk Husam Musa
 
Siapa Timbalan Pesuruhjaya Pas?
KOTA BHARU - Kepimpinan Pas Kelantan berubah setelah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri yang baru bagi menggantikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahmad yang juga Timbalan Ketua Ulama Pas juga mempunyai peranan yang lebih besar dalam pimpinan Pas Pusat apabila turut dilantik sebagai sebagai Bendahari Pas bagi menggantikan Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

Pelantikan itu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam. Dalam kenyataan itu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Pelantikan Ahmad itu bermakna Pas perlu mengisi dua jawatan Timbalan Pesuruhjaya dari tiga kuota setelah Mohd Amar hampir pasti diangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I selaku pemimpin nombor dua Kerajaan Negeri.

Kini, timbul persoalan adakah Datuk Husam Musa akan dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya setelah beliau baru-baru ini membuat kritikan terbuka terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri.

Keputusan yang bakal dibuat oleh Ahmad sama ada mengekal atau menggugurkan nama Husam dalam kepimpinan Pas negeri penting kerana ia menjadi penentu kepada suasana politik negeri yang sebelum ini  panas ekoran nama Naib Presiden Pas itu tidak berada dalam exco kerajaan negeri.

Antara nama-nama yang dikaitkan mengisi kekosongan jawatan itu termasuk Ketua Penerangan Pas Negeri, Datuk Dr Mohamed Fazli Hassan dan ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Untuk rekod, jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas I, II dan III sebelum ini masing-masing dipegang oleh Ahmad Yakob, Husam dan Mohd Amar.

Nik Aziz memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun lalu dan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan sebelum berlangsung Muktamar Pas di Kuala Lumpur pada tahun 1982.(SH)

Lihat juga..
E-Buku IH-80: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 (2)
E-Buku IH-80: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 (2)