Monday, December 02, 2013

Datuk Mustafa Ali Tetap Setiausaha Agung PAS

KL: Datuk Mustafa Ali Tetap  sebagai Setiausaha Agung PAS dan Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015. Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semaiam.

Tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam. alam.

Berikut kenyataan penuh presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:
1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Razman Zakaria
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:
1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah
2. Datuk Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Mohd Hussin
5. Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-80: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 (2)
E-Buku IH-80: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 (2)

4 comments:

Anonymous said...

hah hah hah!!! senang sikit kerja umno bila dua orang ni ada dlm pimpinan pas pusat.. mat sabu dan mustaffa..

Anonymous said...

say no for mr hadi & stopa ali

Anonymous said...

Pesuruhjaya Wilayah sepatutnya ditukar kerana pemegang sekarang tidak perform, tak ada idea baru dan tidak lagi dapat menarik pengundi muda. Prastasi semakin teruk terutama sokongan pengundi Melayu. Perlu muka baru, fresh muda, banyak idea sesuai dengan keadaan Wilayah yang sentiasa berubah.

hawariyyun said...

seluruh ahli memberi kepercayaan kpd pimpinan baru ini untuk memacu parti dan negara ke arah kejayaan dan keredhaan Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails