KL: Weblog Ibnu Hasyim menyambut baik dan menyokong saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai isu perlaksanaan syariah Islam di Selangor.
Menurut Tuan Guru ketika
menutup Seminar Syariah Islam, di Shah Alam, petang tadi, isu
tahaluf siyasi menjadi bahan utama ketika kempen Pilihan Raya Umum
ke-13 tetapi ia senyap apabila Pakatan Rakyat dapat mengekalkan
kemenangan di Selangor.
Begitu juga dengan isu perlaksanaan
syariah Islam yang ditimbulkan akan selesai apabila Selangor memulakan
langkah melaksanakan syariah Islam, kata beliau melalui Harakah Daily.
"Seperti kata Tok Guru, Selangor negeri orang cerdik pandai, ada pakar-pakar duduk di sini, banyak universiti di sini, oleh itu Selangor perlu ambil kesempatan ini segera memulakan langkah perlaksanaan Islam. Bahkan ianya tidak melibatkan orang bukan Islam. Jadi, tidak ada alasan untuk Selangor tidak melaksanakannya." Kata editor IH Dr Hj Mohd Hasyim.
Tuan Guru juga turut menyentuh tentang kewajiban umat Islam perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia menjadi `pasport' manusia untuk duduk di bumi ini. Mana-mana orang yang tidak redha dengan hukuman Allah, boleh pergi ke bumi Amerika, bumi Jepun tetapi semua bumi itu milik Allah
Tuan Guru menegaskan bahawa perlaksanaan syariat Islam itu wajib, mereka yang tidak melaksanakan hukum itu amat bertentangan dengan hukum Allah. Susah nak jaga undang-undang ini sama juga nak jaga agama. Mana lebih baik jaga undang-undang buatan manusia dengan jaga syariat Allah...

No comments:
Post a Comment