Tuesday, October 15, 2013

Sila Sertai Ameerah Fan Club, Rai Wanita Muda 19 Oktober



KUALA LUMPUR: Ahli Ameerah Fan Club berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pemimpin politik tanah air dalam majlis minum petang di Hotel Armada, Petaling Jaya, 19 Oktober ini.

Bersempena dua tahun penubuhan Ameerah Malaysia, kumpulan wanita muda yang bernaung di bawah Dewan Muslimat PAS Pusat ini, Ameerah akan meraikan ahli-ahli fan clubnya dari seluruh negara. Menurut Pengerusinya Fareedah Samad, Ameerah Malaysia kini mendapat sokongan yang cukup besar dari golongan wanita muda dalam masyarakat yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Ameerah Fan Club.

"Jumlah yang terkini ahli Ameerah fan Club (AFC) yang berdaftar telah mencecah seramai hampir 1000 orang dengan ‘likers’ melebihi 17 ribu," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Serama 200 jemputan terdiri daripada anak muda berusia 21 hingga 35 tahun berpeluang untuk bersama-sama dalam dialog politik anak muda pada hari tersebut. Majlis yang akan bermula jam 1.30 hingga 4.30 petang itu akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Ameerah Malaysia menjemput individu dan agensi yang berminat menyertai seminar ini untuk mendaftar sebagai peserta dengan menghubungi pihak urusetia di talian 0139744593 atau layari http://www.facebook.com/ameerahmalaysia untuk maklumat lanjut.

Yuran yang dikenakan ialah RM30 bagi setiap individu. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails