Monday, October 14, 2013

Mahkamah Halang Majalah Kristian, Komen Dr Mujahid.





Keputusan mahkamah kalimah Allah tidak patut jejas hubungan antara agama

AHLIParlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar), berkata keputusan mahkamah yang menghalang majalah Kristian, Herald Tribune menggunakan kalimah Allah sebagai ganti nama tuhan agama Kristian tidak sewajarnya menjejaskan hubungan baik antara agama di negara ini.

“Apabila mahkamah sudah membuat keputusan maka semua pihak perlu menghormati keputusan itu.
“Tetapi ini bukan alasan untuk hubungan antara agama menjadi tegang,” kata Dr Mujahid, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS sebagaimana dilaporkan TVSelangor. Mujahid yakin, apabila pertemuan antara pimpinan agama diadakan ia dapat mengelakkan pihak rasis dan prejudis agama mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana konflik agama.

“Kesan keputusan mahkamah itu diharap akan berterusan menjadi perbincangan dan menguatkan lagi azam melihat suasana kedamaian bagi meningkatkan usaha dialog dan sebagainya,” kata Dr Mujahid.

Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald bukan alasan mana-mana pihak mewujudkan ketegangan agama, permusuhan dan kebencian.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, ketegangan yang berlaku berhubung isu kalimah Allah yang menggunakan pendekatan rasis dan ekstrem perlu dihentikan segara agar suasana tidak bertambah tegang.

Katanya, perlu diadakan pertemuan lebih kerap antara pimpinan agama, politik dan badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini.

“Sebelum ini kurang berlaku pertemuan untuk mengurangkan rasa kecurigaan antara satu sama lain.
“Jika banyak pertemuan diadakan sudah pasti suasana agak tegang ini dapat dikurangkan,” kata Dr Muhamad Nor.

Kata Muhamad Nor, dialog antara agama perlu diperbanyakkan bagi tujuan memperbaiki ruang toleransi yang dibenarkan agar lebih memahami antara satu sama lain.

Mahkamah Rayuan hari ini mengeluarkan keputusan yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan majalah Herald menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'. - 14 Oktober, 2013. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

2 comments:

Anonymous said...

Kalimah Allah memang tidak patut digunakan oleh kristian kerana jika digunakan juga, kepada yg mana satu akan ditujukan......father, son atau the holy ghost? Surah al Ikhlas telah memperjelaskan dng terang lagi bersuluh...."Allah tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakan dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan Nya".
Walau bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa perhubungan di antara ugama di Malaysia terjejas. Allah telah sebut di dalam surah al Khafirun mengenai kebebasan berugama...wallahualam.

Andre Irwan said...

Allah swt ialah Tuhan bagi semua makhluk di alam ini termasuk manusia bukan Islam. Sebagai seorang Islam, kita harus mengenali Allah swt dengan sebenar-benarnya.
Kalimah Allah swt bukan tak boleh tapi jangan salah guna. Kristian juga merupakan salah agama samawi tapi isi biblenya telah diseleweng oleh iblis demi kepentingan depa tu. Nabi Isa ialah salah seorang nabi kita tapi dua bukan anak Allah swt. Jadi usah takut akan penggunaan kalimah Allah swt ini. Kita pun tahu bahawa manusia sentiasa akan disesatkan oleh setan @ iblis. Depa akan menjelma dalam bentuk manusia juga.
Mahkamah dah buat keputusan, biarkan. Yang penting ialah aqidah orang Islam perlu dimantapkan. Yang penting, Allah swt bukan Tuhan untuk orang Melayu saja tapi semua manusia di dunia ini sama ada dia tu Islam atau tidak. Jangan sempitkan istilah dan kekuasaan Allah swt.
Bagi aku, konflik ini membuka mata kita terutama orang Islam agar Islam mestilah dipraktik secara keseluruhan dalam hidup kita. Ibadah tu termasuk cara hidup kita, cara berpolitik dan perlaksanaan hukum hakam Allah swt.
Islam suku dan bangsa suku akan membuat Allah swt menjauhkan diriNya daripada kita. Akhirnya, yang rugi ialah orang islam itu sendiri. wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails