Wednesday, August 21, 2013

Hari Ini, Bersama Konsert Rock Metallica, Juru Azan Ke Neraka?


HALAMAN HIBURAN

HARI ini, hari Rabu 21 Ogos 2013.  Dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka. Tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu lalu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan. 

Penganjur program ini iaitu Galaxy Group Sdn Bhd telah menjual tiket awal dan kebanyakan tiket yang dijual sudah Sold Out. Tiket-tiket bukan murah, mencecah RM615 hinggit dan kebanyakan semuanya sudah habis dijual, dan ramai sanggup cuti untuk ke sana hari ini.

"Saya melihat YB (Menteri Belia) merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB ..
  • '…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..' 
 ..kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita yang menjadikan cara hidup mereka sebagai ikon?."

Kata Ahmad Nazri Khamis, Penyanyi(1) ABC Band, Batu Pahat, Johor  melalui surat Terbuka Kedua untuk Menteri Belia Dan Sukan.(Sumber: http://www.kakisembang.com


Kumpulan Rock Heavy Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik.

"Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?.

"Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

"Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat." Jelasnya lagi.

Kerana itu beliau membantah

"Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami, membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah, serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik." Jelas beliau bersunguh-bersungguh.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata ulama, artis-artis 'lagha' adalah juru azan (penyeru atau pemangggil) ke neraka.  Malang lagi, di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan maksiat. Sanggup pula mengimport perosak belia-belia kita ke neraka?

Na 'auzubillahi minzalik.

(IH)

2 comments:

Anonymous said...

bukan senang nak jaga negara berbilang kaum.

Unknown said...

nape.mufti2 diam je...pelik la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails