Thursday, August 22, 2013

Dataran Nahdhah Jadi Padang Jarak....


MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan ‘padang jarak padan tekukur’. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini.

Serangan berdarah dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan oleh pihak tentera dan polis menyaksikan beratus-ratus rakyat awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam.

Khemah-khemah sementara telah dirobohkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah yang berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera juga telah dirobohkan.

Jumlah kematian di Dataran Nahdhah ini dianggarkan melebihi 300 orang dan beratus-ratus lagi rakyat awam yang cedera parah akibat tembakan dan gas pemedih mata.

Menurut saksi-saksi kejadian, Dataran Nahdhah ini kebanyakannya menghimpunkan anak-anak muda mahasiswa dari pelbagai universiti di seluruh Mesir. Dataran ini juga merupakan tempat perhimpunan kedua terbesar penyokong presiden Morsi selepas Dataran Rabaa. Ia mula di serang sebaik sahaja selepas solat Fajr di mana pihak polis dan tentera mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong presiden Morsi di dataran ini berkurangan selepas solat Subuh.

Kawasan persekitaran Dataran Nahdhah kini dikawal ketat oleh polis dan tentera. Tiada lagi kesibukan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan ini. Pintu-pintu pagar Universiti Kaherah juga berkunci rapat. Kereta-kereta kebal dan truk-truk polis dilihat berbaris di sepanjang dataran ini. Orang awam pula tidak dibanarkan mendekati kawasan berdarah ini.

Namun Dataran Nahdhan ini akan tetap mencatatkan satu lagi sejarah kekejaman junta tentera Mesir yang bukan sahaja merampas kuasa segcara rakus, tetapi juga telah melakukan penyembelihan beramai-ramai terhada rakyatnya sendiri termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails