Saturday, July 06, 2013

Penjualan Arak Mungkin Diharamkan Di Indonesia

Minuman alkohol

JAKARTA - Penjualan dan pengedaran arak di beberapa bahagian di Indonesia kemungkinan diharamkan selepas sebuah kumpulan radikal Islam memenangi kes di Mahkamah Agung, kata seorang pegawai semalam.

Walaupun Indonesia merupakan negara yang mempunyai penganut Islam paling ramai di dunia, penjualan minuman keras kepada sebilangan kecil yang meminumnya dan pelancong masih dibenarkan hingga kini. Sejumlah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai pengaruh radikal Islam pernah memperkenalkan undang-undang kecil melarang urus niaga minuman keras.

Namun, peraturan itu tidak pernah dikuatkuasakan ekoran dekri presiden pada tahun 1997 yang melarang pemerintah tempatan mengambil tindakan sendiri. Jurucakap Mahkamah Agung, Ridwan Mansyur berkata, Barisan Pertahanan Islam (FPI) kini berjaya mengenepikan dekri itu dalam semakan kehakiman di Mahkamah Agung. (Kosmo)

"Mahkamah Agung telah menerima semakan mahkamah yang difailkan oleh FPI kerana dekri presiden gagal membawa keamanan dan ketenteraman awam kepada masyarakat Indonesia," kata Ridwan kepada agensi berita AFP.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails