Friday, July 05, 2013

Hari Ini, Siap Munajat Di Masjid Negara Lepas Jumaat..


KUALA LUMPUR: Satu himpunan bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan mesir pimpinan presiden Mohamad Morsi akan diadakan hari ini. Himpunan yang dinamakan Munajat Perdana Selamatkan Mesir akan diadakan di Masjid Negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ini turut akan dihadiri pimpinan utama parti-parti politik, NGO Islam serta aktivis hak asasi. Dalam satu kenyataan pagi ini, DPPWP menyeru semua umat Islam perihatin untuk turun bersama menolak tindakan rampasan kuasa sekaligus menyatakan solidariti terhadap Dr Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya berkata, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru. Rakyat Mesir bagaimanapun menolak tindakan tentera terbabit dengan keluar beramai-ramai bagi mengadakan bantahan.

Mereka bagaimanapun terpaksa berdepan dengan pasukan tentera dan polis Mesir dan sehingga semalam berpuluh penyokong Morsi dilaporkan telah terkorban.

Gambar Morsi di tahan junta tentera Mesir tersebar

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails