Saturday, July 06, 2013

12 GRO Siam Dicekup Di Kelantan.



SEORANG anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan (kiri) mengiringi sebahagian wanita warga Thailand yang berkhidmat sebagai GRO di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seramai 12 wanita warga Thailand yang berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) berjaya dicekup Jabatan Imigresen Kelantan ketika leka melayan pelanggan dalam operasi di dua buah kedai di Kuala Krai dekat sini malam kelmarin.

Dalam operasi kira-kira pukul 10 malam itu, mereka yang ditahan berusia antara 18 tahun hingga 41 tahun atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini. Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, berdasarkan siasatan, kesemua GRO berkenaan dipercayai berkhidmat sebagai pelayan dan tidak terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Mereka hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis berkenaan.
“Sejak Januari hingga Jun, pihak kami telah menahan seramai 27 wanita warga asing yang dipercayai terlibat dengan kegiatan GRO,” katanya kepada pemberita di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam hal ini, Kelantan pun masih di bawah takluk perundangan Persekutuan. Kerajaan negeri tak boleh buat apa-apa. (IH/beberapa sumber)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails