Thursday, March 07, 2013

Dirogol 3 Polis M'sia & Ahli Politik. Bayang Hudud.



25 Februari 2013 Wanita Indonesia dakwa dirogol polis lakukan hubungan seks dengan teman lelaki
BUTTERWORTH - Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 November tahun lepas.

Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21.

Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama.

Semasa prosiding itu pihak pendakwaan turut menunjukkan empat daripada 19 barang kes kepada mangsa untuk dikenal pasti iaitu dua helai blaus panjang berwarna hitam dan putih, sehelai seluar dalam berwarna biru dan sehelai baju dalam berwarna merah jambu yang diakui mangsa adalah miliknya.

Mangsa merupakan saksi pertama pendakwaan turut memberitahu mahkamah kronologi kes bermula daripada penahanannya oleh dua anggota polis sehingga proses kawad cam dilakukan untuk mengenal pasti suspek.

Bagaimanapun keterangan yang dibuat mangsa mengenai kejadian rogol itu dilakukan secara tertutup di hadapan hakim dan wakil Kedutaan Indonesia.

Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N Rayer.

Perbicaraan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bersambung esok. - Bernama 


Tambahan: 


[Video] Rakaman Ahli Politik Bolivia Rogol Wanita Tersebar 

Kamera CCTV berjaya merakamkan aksi seorang Ahli Parlimen Bolivia merogol seorang wanita di dalam Bilik Persidangan, Parlimen pada 20 Disember 2012. Semua orang yang mengetahui kejadian itu dikatakan cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Namun, klip yang memaparkan aksi jenayah itu terbocor di internet baru-baru ini. Sebagai akibatnya, Domingo Alcibia Rivera bersama-sama dengan orang yang cuba menyembunyikan kejadian itu telah dipecat. Walau bagaimanapun, pendakwa raya juga sedang memburu  laman web yang menyiarkan video tersebut. 

Menurut blog Jezebel, mangsa yang tidak sedarkan diri akibat mabuk dalam satu majlis di bangunan itu dibawa ke bilik tersebut oleh beberapa orang yang tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Mereka meletakkan mangsa di sebuah kerusi.

Tidak lama selepas itu, Rivera masuk ke bilik itu, manakala yang lain meninggalkan bilik tersebut. Selepas lampu dipadamkan, Rivera,  ahli parti pemerintah Movement for Sosialism itu membaringkan wanita itu di lantai lalu mengadakan hubungan seks dengannya. Ketika sedang asyik merogol mangsa, lampu tiba-tiba terbuka, menyebabkan Rivera menghentikan perbuatannya dan dilihat berbual dengan seorang lelaki yang masuk ke bilik itu.

Apabila lampu dipadamkan semula, Rivera membetulkan seluarnya dan mengangkat mangsa lalu meletakkannya di atas kerusi. Dia duduk di sebelah mangsa dan memegangnya kira-kira lima minit sehingga lampu dihidupkan semula. Beberapa orang dilihat memasuki bilik itu dan  Rivera meninggalkan bilik tersebut. 

Identiti mangsa rogol itu dirahsiakan oleh pihak berkuasa dan dikhabarkan wanita itu telah dipindahkan ke bahagian lain. Menurut La Razon, Ketua Peguam Bolivia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan laman web yang menyiarkan video dan jenayah tersebut. - DCM/Jezebel/Agencies

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi orang Islam, wajib percaya hanya penyelesaian abadi melalui Islam, baik di dunia hingga akhirat. Maka, perlaksanaan perundangan Islam dan 'Hudud' adalah terbaik untuk manusia se dunia. Ada ke, orang mengaku Islam yang tak percaya?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails