Saturday, January 12, 2013

Tips Presiden PAS, Merdeka Ke2

SILA belah buah kedondong
Biji dibelah dengan lidi
Bukan salah ibu mengandung
Yang silap memangkah undi.


Ini tips dari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau sebentar tadi ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka. Ertinya, jangan salah mengundi!

Beliau juga dengan penuh keyakinan mengatakan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu. "Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya.

Menurut beliau, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan. Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN. "Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN. "Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya.

Puluhan ribu yang penuh sesak di dalam Stadium Merdeka
Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN.  "BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails