Sunday, January 06, 2013

Solat Ghaib Untuk Sheikh Qazi Hussein Ahmed


KL: WEBLOG Ibnu Hasyim juga bersama-sama pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar). Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham. Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.

Ketika itu beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyertai muktamar PAS di Kota Bharu dan berjanji untuk datang ke Malaysia. "Namun hasrat beliau tidak sampai," kata Kamarudin kepada Harakahdaily yang mengenal Qazi sejak beliau aktif di dalam Abim lagi.

Qazi dilahirkan pada tahun 1938 iaitu kira-kira 75 tahun lalu. Penglibatannya dengan gerakan Islam bermula dibangku sekolah lagi apabila beliau menyertai Islami Jamiat-e-Talaba, Pakistan. Allahyarham menjadi ahli Jamaat-e-Islami pada tahun 970 dan terpilih sebagai kekitangan pejabat Presiden di cawangan  Peshawar.

Beliau kemudian menjadi Setiausaha Jamaat-e-Islami dan kemudian Amir Khyber-Pakhtunkhwa province. Kemudian menjadi Setiausaha dan seterusnya Amir pada tahun 1987. Allahyarham yang mempunyai Ijazah dalam bidang Geografi ini dipilih semula sebanyak empat kali sebagai Amir sehinggalah menolak untuk memegangnya lagi pada tahun 2008.

"Mari kita sama-sama solat ghaib untuk Allahyarham. " Kata editor weblog ini Hj Mohd Hasyim. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails