Wednesday, January 09, 2013

Lantik Muslimat Jadi Speker, Islamkah S'pura?




Halimah bakal Speaker Parlimen Singapura
SINGAPURA:Seorang wanita Muslim bakal menggantikan bekas Speaker Parlimen Singapura yang terpaksa meletak jawatan kerana terbabit dalam skandal seks, menurut pengumuman yang dibuat semalam.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, beliau akan mencalonkan Halimah Yacob yang kini Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan untuk jawatan tersebut apabila Parlimen bersidang Isnin depan.

Halimah akan menjadi Speaker wanita pertama di Singapura. Berusia 58 tahun, wanita itu bakal menggantikan Michael Palmer yang meletak jawatan secara mengejut pada bulan lalu. Palmer, 44, berundur selepas membuat pengakuan terbuka bahawa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti dalam skandal seks terbaharu yang melanda pulau ini.

Halimah perlu meletakkan jawatannya dalam Kabinet sebelum beliau memikul tugas baharu tersebut.
Wanita itu mempunyai pengalaman luas dalam pergerakan buruh, kerja kemasyarakatan dan pendidikan prasekolah.

"Di Kabinet, Halimah bertutur dengan kata-kata yang penuh belas kasihan dan praktikal sekali gus membolehkan kita membentuk dasar yang efektif secara bersama dengan sentuhan kemanusiaan," kata Hsien Loong dalam satu kenyataan. Sebelum ini, parti-parti pembangkang di sini mendesak Hsien Loong supaya mengadakan pilihan raya kecil untuk kerusi Timur Punggol yang dikosongkan oleh Palmer.

Ahli politik yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak itu meletak jawatan bagi mengelak parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dianggotainya dan Parlimen mendapat malu kerana skandal seksnya. Parlimen yang mempunyai 87 anggota itu didominasi PAP yang terus memerintah pulau ini sejak tahun 1959. Sehingga kini, cuma terdapat enam anggota pembangkang di Parlimen. - AFP

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Lantik muslimat jadi Speker Parlimen, bukan bererti Singapura sudah jadi negara Islam atau negara umat Islam..

1 comment:

Anonymous said...

Masihkan anda ingat?? Lihat Disini Pengguna motor atau kereta mesti lihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails