Friday, October 05, 2012

Sokong Kembalikan Cuti Jumaat, Hak Umat Islam..


KL 5 Okt 12: Weblog Ibnu Hasyim menyokong saranan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, yang mngharap supaya dikembalikan kebesaran cuti hari Jumaat. 

"Ini hak umat Islam, ingin bebas menunaikan ibadat di negaranya sendiri." Jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim (gambar). "Kerajaan sepatutnya prithatin dan akur atas tuntutan rakyatnya."

Lihat Harakah hari ini, tulis Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, katanya..

"Sedar atau tidak, kita agak tersasar daripada membesarkan kebesaran Islam itu sendiri iaitu hari Jumaat yang sepatutnya menjadi hari 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari. Banyak keberkatan serta keistimewaannya yang sepatutnya kita tempatkan ditempat sewajarnya hinggakan dalam al-Quran surah 'Jumaah' menceritakan dan menekan betapa hari Jumaat itu dimuliakan oleh mereka yang mengaku beragama Islam.

"Pada hari Jumaat bapa segala manusia, Nabi Allah Adam dicipta oleh Allah SWT. Pada hari Jumaat jugalah Nabi Adam diturunkan kedunia serta pada hari Jumaat jugalah akan berlakunya kiamat. Hari Jumaat adalah hari kebesaran Islam hingga dianggap sebagai hari keberkatan dan lebih besar lagi fadilatnya berbanding Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha.

"Kita digalakkan beramal sebaik mungkin bermula dari malam Jumaat hingga sampai menunaikan solat Jumaat. Banyakkan berselawat, berzikir dan bersedekah serta membuat sunat-sunat yang lain termasuk membersihkan diri saperti memotong kuku dan mandi sunat Jumaat serta memakai pakaian bersih dan wangian-wangian mengikut sunnah sebelum pergi ke Masjid. Digalakkan juga supaya hadir ke Masijid seawal yang boleh untuk beribadah melakukan yang sunat-sunat yang lain." Menurut beliau.

"Kalau pihak kerajaan masih berdegil, hukum BN dalam PRU 13 akan datang. Tunggu apa lagi?" Komen weblog Ibnu Hasyim. (IH)



1 comment:

shukor said...

Di kawasan perindustrian, sesetengah kilang sukar untuk melepaskan pekerjanya keluar menunaikan fardhu Jumaat. Ada yang dah lama tak menunaikan fardu yang ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails