Saturday, October 06, 2012

Acara Masak Berbogel Di Hongkong Secara LIVE



BANYAK cara untuk menggamit penonton demi mengejar rating selangit. Di Hong Kong, misalnya, salah satu stasyen televisyen dikatakan membuat penonton terliur. Nama acaranya, Icefire Kitchen. Menghadirkan model dan aktris hot asal Hong Kong, Flora Cheung, sebagai juru masaknya (chef).

Soal masak-memasak bukan jadi menu utamanya. Tapi pihak produser menonjolkan Cheung sebagai jualannya. Ya, bintang berusia 26 tahun yang namanya tengah bersinar itu bertindak sebagai chef. Cuma semasa membawa acara, Cheung kerap tampil menggoda dengan menanggalkan pakaiannya.

Hadirnya tayangan tersebut, sempat memunculkan pro-kontra. Ada kalangan menilai tontonan tersebut sangatlah mem'bodoh'kan dan hanya menjual syahwat semata. Kritikan dan hujatan pun dilayangkan kepada Cheung. Cheung tidak peduli orang ramai, ia cukup aman dengan lakonannya.

"Setengah orang berfikir, ini cara busuk untuk dapatkan wang, tetapi saya tidak sependapat dengan anggapan itu. Ini hanya pertunjukan. Orang-orang beragam menanggapi pertunjukan memasak saya. Ada yang positif, ada juga yang berfikiran negatif. Tetapi kerana pro-kontra ini, saya malah menjadi terkenal," ujar Cheung bangga.

Jebolan ilmu komputer Universiti Sydney ini mendakwa acara memasak yang dihadirnya adalah terobosan yang unik dan berani. "Kami ingin lelaki belajar bagaimana memasak, memasak bersama pasangannya dan menemukan gairah baru dalam hidupnya," leter Cheung.

Meski cacian dialamatkan kepadanya berkait aksinya itu, namun Cheung terus merancang melanjutkan acara gagasannya itu pada tahun mendatang. "Kami akan melanjutkan lebih banyak episode Icefire Kitchen tahun akan datang," ujarnya.

Melalui tersebut, nama Cheung mulai kesohor. Selama 13 tahun ia menetap di Australia. Beberapa tahun belakangan ini, ia memutuskan untuk berkarier di kampung halamannya sebagai seorang model dan bintang filem.

Seperi diwartakan Asiaone.com. Cheung menyukai pekerjaannya sebagai seorang model dan pemain filem. Ia mengaku tidak akan ragu-ragu berpose mencabar dan terlibat filem yang 'sedikit nakal'. "Takde masalah selama adegan itu bukan adegan betul-betul. Kalau sekedar tampil polos (bogel), saya tak kisah." jelasnya.


Maaf kerana terlalu fulgar jadi Videonya tidak di Thread disin.

Begitulah contoh cara berfikir salah, yang tidak Islamik. Takpe kerana dia bukan Islam dan berlaku dalam negara yang tidak mengaku negara Islam. Tetapi cara berfikir begini sudah wujud di negara ini, terutama kepada artis-artis atau selebriti yang salah fahan mengenai Isam. Sanggup jadi artis atau selebriti yang tidak bertindak Islamik, ertinya melakukan aktiviti yang tidak selaras dengan kehendak Islam.

Bahkan disokong oleh pemerintah yang seolah-olah menyokong Islam tetapi melaksanakan amalan yang merosak Islam. Sering menyebut 'Insya Allah' dalam perbuatan-perbuatan yang tidak Islamik.Tukang hebah tv wanita yang memberi salam kepada orang ramai hukumnya 'sunat', sedangkan tidak pakai pakaian menurtup aurat itu 'haram' hukumnya.

Apa lagi bila ditambah dengan perangai kerajaan doktrin 'menghalalkan cara' dan 'asal dapat duit tidak peduli 'hala-haram'?  Bercelaru habis kefahaman dan perlaksanaan Islam di negara ini...(IH)

1 comment:

jong tibang said...

Cub bayangkan kalau si fulanah yang mengaku FLO Malaysia memasak ghoper
itu... kah...kah...kah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails