Peminat fb Tok Guru Nik Aziz Kini 664,000 
KOTA BHARU: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat 
melahirkan rasa terharu di atas sambutan menggalakkan terhadap laman 
sosialnya (Facebook - fb) yang kini mempunyai capaian lebih 664,000.
Menteri Besar berkata, laman sosial tersebut dijadikan sebagai bahan 
rujukan semua pihak kerana banyak maklumat terkini dimuatkan dalam fb.
“Saya amat gembira kerana melalui fb ini rakyat di seluruh negara 
mendapat maklumat tepat dan cepat, maklumlah kalau nak harapkan media 
lain tu agak sukarlah sikit,” katanya ketika merasmikan pelancaran 
Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.
RTV dibangunkan Jabatan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata, penyebaran bahan fitnah yang semakin berleluasa sekarang merupakan perbuatan kurang bermoral. Malangnya kata beliau media tradisional pula menyiarkan berita 
mengenai fitnah di muka hadapan akhbar mereka bagi menarik perhatian 
lebih ramai pembaca.
Oleh itu beliau berharap pelancaran RTV yang dimiliki kerajaan negeri
 dapat mengelakkan sebarang penyebaran berita yang berunsur fitnah. Demikian menurut sumber Harakah) (IH)

 
 

No comments:
Post a Comment