Sunday, May 20, 2012

Mengapa Parti Komunis China Ke Lurah Bilut?


KL, 20 Mei: Mengapa Parti Komunis China datang ke Lurah Bilut Pahang? PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan ­kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Pahang, 12 Mei lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat. Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis.

"Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?" katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, kerajaan  bersikap 'double standard' apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda.

"Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam. Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Ia adalah tanda kerajaan Malaysia mengalah kepada komunis ketika Felda Lurah Bilut diasaskan. Ketika itu, kerajaan Malaysia mencari jalan untuk mengekang pengaruh Komunis. Caranya ialah dengan mengambil cara komunis untuk mentadbir negara. Contohnya ialah sambutan Hari Buruh pada 1 Mei dan penubuhan FELDA. FELDA mengambil konsep 'commune' untuk mengendali usaha pertanian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails