Wednesday, May 23, 2012

Alat Khas Setiap DUN Salur Maklumat -Dr Fadzil




Kota Bharu: Kerajaan negeri turut menyediakan alat khas (recorder) di setiap kawasan Dun untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat. Kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Muhammad Fadzli Hassan, di majlis pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.


“Melalui alat tersebut orang ramai boleh menonton RTV secara jelas dan boleh mendapat maklumat terkini lebih cepat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, RTV dilahirkan selepas usaha kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu untuk memiliki siaran TV sendiri tidak diberi kelulusan kerajaan pusat.

“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk menyediakan rangkaian TV sendiri.

“Perkembangan internet membolehkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk membangunkan penyiaran TV melalui internet yang dikenali sebagai RTV,” ujar beliau.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, ketua jajahan dan pegawai kanan kerajaan negeri. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails