Friday, February 10, 2012

Nik Aziz Naik Beca, Himbau Sejarah Suram PAS

Kota Bharu 10 Feb 12: Ketibaan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9 pagi sebentar tadi dengan menaiki beca sejauh kira-kira 300 meter ke Pondok Pasir Tumbuh, ketika orang ramai mulai memenuhi masjid tiga tingkat yang tersergam indah.

Hal ini berlaku di majlis yang julung kali dalam sejarah, PAS Kelantan mengadakan seminar tiga dekad bagi mengimbau kembali sejarah panjang sehingga mampu bangkit semula selepas melalui zaman suram pada 1978. Pondok Pasir Tumbuh merupakan institusi pengajian pondok tradisional terbesar di Kelantan menjadi lokasi seminar tersebut.

Orang ramai mulai memenuhi persekitaran pondok sejak pagi lagi. Jalan menghala ke pondok tersebut mulai sendat kira-kira 8 pagi sehingga anggota Unit Amal terpaksa bekerja keras. Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Ahmad Yakob berkata, kebangkitan PAS Kelantan sebenarnya bermula di Pondok Pasir Tumbuh sehingga mencapai tahap cemerlang hari ini.

“Pengalaman yang kita lalui dalam perjuangan ini penuh berliku. Akhirnya kita merasakan bahawa penglibatan dalam perjuangan Islam bersama PAS merupakan satu nikmat dan indah dalam hidup kita,” katanya pada ucapan aluan.

Menurutnya juga program-program penerangan diadakan sejak awal lagi bagi membolehkan orang ramai faham mengenai perjuangan PAS, di mana ia bermula di madrasah dan surau-surau. Kata beliau umat Islam pada akhir zaman ini meneruskan risalah yang dirintis ulama terdahulu sehingga Kelantan berjaya dikuasai PAS pada 1959 dan berterusan sehingga sekarang. Bagaimanapun kata beliau sejarahnya begitu gentir sehingga ramai keluarga ulama dan pejuang dikenakan tahanan di bawah ISA pada 1960-an.

“Ulama-ulama kita ditahan tanpa bicara di Kemunting kerana mereka mempertahankan perjuangan Islam,” ujarnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkefli Mamat berkata, orang ramai yang hadir pada seminar hari ini boleh mengambil kesempatan melawat pondok-pondok yang terdapat di sini untuk melihat lebih dekat kehidupan harian mereka. Katanya juga hasil sokongan semua pihak membolehkan kita mengadakan seminar bagi mengingatkan kembali sejarah jatuh bangun PAS di Kelantan (IH/Hrkh)

1 comment:

Anonymous said...

tramadol online tramadol dosage pets - tramadol dose for high

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails