Saturday, February 11, 2012

Insiden KFC: Babi, Buat Ayam Goreng Sendiri..

Perakam video Youtube tampil cerita insiden di KFC
KLANG 11 Feb 12: INDIVIDU di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

NONE"Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

"Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng. Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam," katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak. Demikian lapor Malaysiakini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.

"Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku. Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.

"Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pula berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka. Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.

"KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny.” -Lapor MI. (IH)

4 comments:

seligisukan said...

Perkara kecil tak payah nak di politikkan ... Kalau Cina yg masalah kecoh disebabkan politik ... Benda boleh settle tanpa melihatkan media dan parti politik yg biasanya akan buat benda kecil jadi besar...

seligisukan said...

Perkara kecil tak payah nak di politikkan ... Kalau Cina yg masalah kecoh disebabkan politik ... Benda boleh settle tanpa melihatkan media dan parti politik yg biasanya akan buat benda kecil jadi besar...

mr edz said...

sistem kapitalis yang menekan pekerja

Anonymous said...

akibat tak pro. kalau pro, dah tahu ayam tu habis, treus maklum kpd pelanggan. dak lah macam orang banggang bertaur tup-tup tersengeh2 bagi tahu ayam habih. bukan saja cina, orang melayu, orang asli pun mengamuk. ini bukan isu perkauman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails