Tuesday, February 28, 2012

Sebuah Manuskrip Pontianak (1931) Dari P/M'sia


Jalan menuju Keraton Kadariah Pontianak dari jambatan Kapuas
Keraton Kadariah Pontianak

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 4

UNTUK menyingkap sejarah, saya pilih tulisan berjudul 'Syarif Abdur Rahman al-Qadri - Sultan pertama kerajaan Pontianak'. Oleh Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah, seorang penulis Malaysia...

'KERAJAAN Pontianak adalah salah satu di antara kerajaan Melayu yang terakhir didirikan. Pendirinya adalah seorang keturunan Arab-Melayu, zuriat Nabi Muhammad s.a.w. Kekukuhannya sebagai Sultan Pontianak yang pertama adalah dilantik oleh Raja Haji bin Upu Daeng Celak Yang Dipertuan Muda Riau.

Pendiri kerajaan Pontianak itu ialah Syarif Abdur Rahman bin al-Habib Husein al-Qadri. Habib Husein al-Qadri, ayah beliau seorang ulama besar, bahkan ramai orang meriwayatkan Habib Husein al-Qadri adalah seorang 'Wali Allah' yang dibuktikan banyak 'karamah'. Oleh itu, anak beliau Syarif Abdur Rahman al-Qadri adalah seorang 'sultan' dan sekali gus beliau adalah seorang 'ulama'.

Riwayat di bawah ini adalah berasal dari sebuah manuskrip yang diperoleh di Pontianak yang saya ringkaskan dan di beberapa tempat disesuaikan dengan bahasa sekarang.

Pengembaraan

Apabila sampai umur Syarif Abdur Rahman 16 tahun, beliau dibawa oleh ayahnya berpindah dari negeri Matan ke negeri Mempawah. Setelah berumur 18 tahun, beliau dikahwinkan oleh ayahnya dengan Utin Cenderamidi, anak Upu Daeng Menambon.

Tatkala umurnya 22 tahun, Syarif Abdur Rahman pergi ke Pulau Tambelan selanjutnya ke Siantan dan terus ke pusat pemerintahan Riau di Pulau Penyengat. Beliau tinggal di sana selama kira-kira dua bulan. Kemudian, ke negeri Palembang dan tinggal di situ sebelas bulan. Sewaktu hendak kembali ke negeri Mempawah dihadiahkan oleh Sultan Palembang, Sultan Pelakit sebuah perahu selaf dan seratus pikul timah.

Dan pada ketika itu juga bermuafakat Tuan Saiyid dan sekelian bangsa Arab di negeri Palembang dan bersetuju memberi hadiah kepada Syarif Abdur Rahman, dua ribu ringgit. Kemudian Syarif Abdur Rahman belayar pulang ke negerinya, Mempawah.

Setelah dua bulan Syarif Abdur Rahman al-Qadri di Mempawah, beliau belayar pula ke negeri Banjar dan tinggal di sana selama empat bulan. Kemudian, belayar pula ke negeri Pasir dan berhenti di situ selama tiga bulan.

Setelah itu, kembali lagi ke negeri Banjar. Setelah dua bulan di Banjar, Syarif Abdur Rahman dikahwinkan dengan puteri Sultan Sepuh, saudara pada Penembahan Batu yang bernama Ratu Syahbanun. Sebelum berkahwin, Syarif Abdur Rahman al-Qadri telah dilantik oleh Panembahan
Batu menjadi Pangeran dengan nama Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam.

Dua tahun kemudian, Syarif Abdur Rahman al-Qadri kembali ke negeri Mempawah. Setahun kemudian, kembali lagi ke negeri Banjar. Selama empat tahun di Banjar, beliau memperoleh dua orang putera, seorang laki-laki diberi nama Syarif Alwi diberi gelar Pangeran Kecil dan yang
seorang perempuan bernama Syarifah Salmah diberi gelar Syarifah Puteri.

Tarikh 11 Rabiulakhir 1185 H/24 Jun 1771 M Syarif Abdur Rahman keluar dari negeri Banjar kembali ke negeri Mempawah. Ketika sampai di Mempawah didapatinya Tuan Besar Mempawah, Habib Husein al-Qadri ayahnya, telah kembali ke rahmatullah. Syarif Abdur Rahman al-Qadri berhenti di Mempawah selama tiga bulan bermesyuarat dengan adik-
beradiknya, ialah Syarif Ahmad, Syarif Abu Bakar, Syarif Alwi bin Habib Husein al-Qadri dan seorang kerabat mereka, Syarif Ahmad Ba'abud. Keputusan mesyuarat bahawa Syarif Abdur Rahman akan keluar dari negeri Mempawah hendak membuat kedudukan di mana-mana yang patut.

Mengasaskan kerajaan Pontianak

Tarikh 14 Rejab 1185 H/23 Oktober 1771 M, Syarif Abdur Rahman berangkat dari negeri Mempawah de-ngan 14 buah perahu kecil bernama kakab. Kemudian, sampailah ia di Sungai Pontianak yang kebetulan tempat itu dengan masjid yang ada sekarang ini. Syarif Abdur Rahman dan rombongan berhenti di tempat itu pada waktu malam.

Keesokan harinya, Syarif Abdur Rahman pun masuk ke Selat Pontianak dan berhenti di situ selama lima malam. Pada hari Rabu kira-kira pukul 4.00 pagi, Syarif Abdur Rahman memberi perintah menyerang Pulau Pontianak. Masing-masing mereka mengisi meriamnya dan menembak pulau itu.

Kata Syarif Abdur Rahman, "Berhenti perang kerana sekalian hantu dan syaitan yang berbuai pada malam hari di pulau itu telah habis lari, janganlah tuan-tuan takut, marilah kita turun menebas pulau itu''.

Semua anak buah perahu pun turun bersama-sama Syarif Abdur Rahman menebas pulau itu. Setelah habis ditebas, lalu didirikan sebuah rumah dan sebuah balai. Kira-kira lapan hari dikerjakan, di dalam antara itu Syarif Abdur Rahman kembalilah ke Mempawah mengambil sebuah kapal dan sebuah tiang sambung. Tarikh 4 Ramadhan 1185 H/11 Disember 1771 M
Syarif Abdur Rahman pindah ke pulau itu.

Perang Pontianak Sanggau

Tiada berapa lama negeri itu berdiri, pada bulan Jumadilakhir 1191 H/10 Jun 1777 M, Syarif Abdur Rahman berangkat, mudik ke negeri Sanggau dengan 40 buah perahu kecil hendak terus ke negeri Sekadau. Setelah sampai di Sanggau, maka ditahanlah oleh Penembahan Sanggau tiada
diberikannya mudik ke hulu, jauh dari negeri Sanggau. Tetapi Syarif Abdur Rahman, berkeras hendak mudik.

Oleh sebab itu, Penembahan Sanggau sangat marah, lalu menembak perahu itu, hingga terjadi peperangan antara kedua-dua pihak. Setelah tujuh hari berperang, Syarif Abdur Rahman mengundurkan diri kembali ke negeri Pontianak, untuk persiapan membuat perahu besar.

Kira-kira lapan belas bulan sesudah itu bersamaan, 2 Muharram 1192H/31 Januari 1778 M berangkat lagi ke negeri Sanggau dengan sebuah sekuci, dua buah kapal dan 28 buah penjajab. Ketika sampai di Tayan, bertemulah dengan angkatan Sanggau yang menanti kedatangan angkatan Pontianak di situ.

Angkatan Sanggau kalah, terus lari ke Sanggau. Tetapi ada lagi angkatan Sanggau di Kayu Tunu, angkatan Sanggau sudah siap berperang di tempat. Tarikh 26 Muharram 1192 H/24 Februari 1778 M bermulalah perang di Kayu Tunu. Sanggau kalah pada 11 Safar 1192 H/11 Mac 1778 M.

Syarif Abdur Rahman pun mudik ke Sanggau dan berhenti di situ selama 12 hari. Syarif Abdur Rahman bersama Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau membuat benteng pertahanan di Pulau Simpang Labi, menempatkan enam pucuk meriam di pintunya.

Pulau itu ditukar nama dengan Jambu-Jambu Taberah. Setelah selesai pekerjaan di Pulau Jambu-Jambu Taberah itu, Sultan Syarif Abdur Rahman pulang ke Pontianak bersama-sama dengan Yang Dipertuan Muda Raja Haji.

Penabalan Sultan

Setelah sampai di Pontianak, Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau memanggil semua orang di dalam negeri Pontianak untuk memeriksa hal Pa-duka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam akan dijadikan sultan. Semua isi negeri Pontianak, bersetuju. Raja Haji mengirim utusan ke negeri Mempawah, Matan, Landak dan Kubu.

Raja-raja itu pun mengaku di hadapan Yang Dipertuan Muda Raja Haji mengatakan bahawa mereka menerima dengan gembira. Pada ketika dan tarikh yang baik, hari Isnin, 8 Syaban 1192 H/1 September 1778 M, sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja dan rakyat negeri Pontianak berkumpul di Pontianak.

Yang Dipertuan Muda Raja Haji dengan suara yang keras, bertitah,

"Adapun kami memberitahu kepada sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja, dan sekalian isi negeri Pontianak ini, pada hari ini, Paduka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam kita sahkan berpangkat dengan nama Paduka Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri, iaitu raja di atas takhta
kerajaan Negeri Pontianak, demikianlah adanya''

Adalah pada tahun 1194 H/1780 M utusan Kompeni Belanda datang dari Betawi dengan satu sekuci dan dua buah pencalang. Utusan Belanda itu bernama Ardi William Palam Petter dari Rembang serta berbicara meminta kepada Sultan Syarif Abdur Rahman untuk mendiami negeri Pontianak.

Bersamanya ada lagi utusan Sultan Banten hendak menyerahkan pemerintahan negeri Landak kepada Sultan Syarif Abdur Rahman. Maka Kompeni Holanda pun tetaplah duduk bersetia bersama-sama di dalam negeri Pontianak.

Pada tahun 1198 H/1784 M Kompeni Belanda bermusuh dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau. Kom-peni Belanda menyerang Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau di negeri Sukadana. Negeri Sukadana kalah dalam perang itu.

Pada tahun 1200 H/1785 M, Sultan Syarif Abdur Rahman bersengketa dengan saudara iparnya Raja Mempawah, Penembahan Adi Wijaya, kerana perkara Sultan Sambas. Disingkatkan ceritanya, akhirnya Sultan Syarif Abdur Rahman terpaksa memerangi negeri Mempawah.

Setelah berperang selama lapan bulan, negeri Mempawah kalah dalam peperangan itu. Setelah selesai perang, Sultan Syarif Abdur Rahman mengangkat puteranya yang bernama Pangeran
Syarif Qasim berpangkat Penembahan Memerintah Diatas Takhta Kerajaan Negeri Mempawah.

Selanjutnya, terjadi perselisihan Pontianak dengan Sambas mulai 3 Rabiulakhir 1206 H/30 November 1791 M. Sultan Syarif Abdur Rahman bersama Yang Dipertuan Sayid Ali bin Utsman, Raja Siak memerangi negeri Sambas. Perang yang terjadi selama lapan bulan itu, berakhir
dengan seri iaitu tiada yang kalah atau pun menang.

Wafat

Demikianlah kisah Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri yang dilahirkan pada 15 Rabiulawal 1151 H/3 Julai 1738 M dan wafat pada malam Sabtu, pukul 11.00, tarikh 1 Muharram 1223 H/28 Februari 1808 M.

Pada hari itu juga, Penembahan Syarif Qasim yang berkedudukan di Mempawah, ditabalkan menjadi Sultan Pontianak dengan menggunakan nama Paduka Sultan Syarif Qasim Raja Duduk Diatas Takhta Kerajaan Negeri Pontianak.

Pada tarikh 19 Safar 1223 H/16 April 1808 M, Pangeran Mangku Negara Syarif Husein bin al-Marhum Sultan Syarif Abdur Rahman dilantik menggantikan Syarif Qasim menjadi raja kerajaan negeri Mempawah. Pada hari Khamis, pukul 9.00, tarikh 11 Muharram 1228 H/14 Januari 1813M, Pangeran Syarif Husein kembali ke rahmatullah.

Beliau diganti oleh Penembahan Anom, puteranya Penembahan Adi Wijaya, menjadi wakil memegang kuasa di dalam negeri Mempawah. Pada tahun 1241H/ 1825 M, Penembahan Anom kembali ke rahmatullah. Pada tahun 1243H/1828 M, Pangeran Adi Pati Geram menjadi wakil menggantikan memegang kuasanya di dalam negeri Mempawah berpangkat nama Penembahan.

Demikianlah riwayat yang saya ringkaskan dan ubah bahasa dari salah satu manuskrip yang berasal dari tulisan Syarif Abu Bakar bin Syarif Umar bin Sultan Utsman bin Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang bertarikh 28 Rabiulakhir 1350 H/9 September 1931M. Manuskrip tersebut telah disalin oleh Sayid Alwi bin Sayid Ahmad bin Sayid Ismail al-Qadri. Tarikh salinan, 7 Jumadilakhir 1354 H/7 Ogos 1935 M.

Saya, Wan Mohd. Shaghir Abdullah selesai mentransliterasi daripada Melayu/Jawi ke Latin/Rumi pada, 9 Muharram 1421 H/14 April 2000 M dan selanjutnya diubah bahasa dimuat dalam bahagian Agama, Utusan Malaysia, pada terbitan hari ini.
Kesultanan Kadriah Pontianak


Syarif Abdur Rahman al-Qadri

Lihat Video ini..
Begitu kira-kira..
Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

24 Feb 2012
Pontianak, Ind.

Perpecahan Melayu Bukan Masalah & Dosa -Dr Dzulkefly


Shah Alam, 28 Feb 12: Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut, PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS. Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang. Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

"Kami kena edar video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau masih bersama Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Ruslan Kassim yang berkata umat Melayu perlu bersatu dalam asas akidah Islam.

"Macam mana PAS boleh bersama dengan DAP tetapi tidak bersama Umno," soal pemimpin pertubuhan PERKASA itu lagi.

Ruslan juga dicabar untuk menyatakan pendiriannya berhubung pendirian PERKASA berhubung isu rasuah yang mendapat perhatian ramai.

Seorang lagi ahli panel, pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, PERKASA sepatutnya mengutarakan isu seperti "lembu kondo", komisyen pembelian kapal selam dan juga isu pelarian modal.

Ruslan berkata, dakwaan melibatkan National Feedlot Corporation itu sedang disiasat dan isu berhubung pendakwaan itu tertakluk kepada peguam negara.

"Kita janganlah dahului mahkamah," kata bekas majistret itu lagi.

Ruslan yang diasak oleh moderator forum selepas itu berkata, PERKASA juga berpendirian sama dalam kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Ruslan berkata Anwar sering menyebut mengenai "perangkap konspirasi" dan betapa bekas timbalan perdana menteri itu tidak terperanjat dengan keputusan yang akan dibuat mahkamah.

"(Anwar kata) dah tahu, tinggal baca keputusan saja. Kita tak setujulah.

"Dulu kata konspirasi, mahkamah diperalat, tapi sekarang dah lain," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel program wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu ialah bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. (Sumber MK)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa
E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa

Bukan Islam Boleh Isi Jawatan Tim/Presiden PAS -Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri)
SHAH ALAM, 28 Feb 12– PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.

Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.

“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.

Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.

Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng. (MI)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa
E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa

Hina Islam, Permit The Star (MCA) Perlu Digantung!


KUALA LUMPUR, 28 Feb 12: Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.

(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)

Lihat sebelum ini.. Gambar Ini, M'sia Terlibat Hina Allah?

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah. Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf. Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf. Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.

Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan tidak diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA (akhbarnya sendiri)? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam. (Hrkh/IH)

Lihat sebelum ini..

Stok Perawan (Masih Dara), Di Kota Pontianak

Wanita malam disalahsatu kaffe Kota Pontianak -Radar Online

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 3

PAGI itu saya disebuah cybercafe atau warnet (warung internet) di Kota Pontianak. Saya ingin memasukkkan gambar-gambar yang saya ambil di komplek keraton Kesultanan Pontianak, tetapi sudah hilang. Entah di mana salahnya. Penjaga internet kafe itu juga tak tahu atasinya.

Sedang sibuk-sibuk begitu tiba-tiba suatu suara mengejutkan saya, "Apa masalahnya Pak, kalau boleh, saya bisa tolong?"

Bila saya perhatikan ke wajahnya.. "Eh, macam kita pernah kenal!" Katanya.

Saya perkenalkan diri saya, rupanya beliau lebih mengenali saya lewat Blog Ibnu Hasyim. Belaiu adalah Ardiansyah (..panggil saja Ade! katanya) adalah penulis media LINTASNEWS.com. Bermulalah hubungan kami terjalin.

Banyak maklmat-maklmat yang saya perolehi darinya. Terutama megenai berita 'pramunikmat' di kota itu. Atau kisah-kisah pelacuran..

Menurutnya,

"Nyatanya prostitusi tetap diatas relnya dan melaju dengan pesat mengikuti pembangunan tanpa mampu diikuti atau dihadang hukum dengan penegak hukum sebagai pelaksananya. Saat ini kita tidak bisa menutup mata, tingginya angka prostitusi tanpa lokalisasi, di Kota Pontianak.

"Membuat para wanita penghibur berkeliaran dan bertaburan hampir merata ditempat-tenpat hiburan di Kota Pontianak, baik diskotik, hotel kelas menengah dan mewah sampai mall-mall pun dapat dengan mudah kita temui mucikari yang mangkal-mangkal di coffe house tertentu.

"Yang lebih ironisnya lagi, tempat hiburan masyarakat, disekitar lapangan Makorem atau Taman Alun Kapuas atau kantor Pos lama, dengan mudah ditemui PSK dengan tarif yang terbilang murah yaitu berkisar Rp 20 ribu hingga Rp 50 ribu. (Rp 10 ribu,kira-kira RM2.80)

"Namun untuk mendapatkan PSK yang berkelas pilihan PSK dibeberapa hotel bahkan tempat prostitusi terselubung disekitar kawasan Mall Gajah Mada juga menjadi pilihan para hidung belang berduit, yaitu dengan tarif antara Rp 150 ribu hinga Rp 12 Juta untuk kategori (maaf, Perawan)." Katanya.

Ertinya nilai tingginya harga penzina atau pelacur tersebut ialah terletak kepada 'keperawanan', 'kegadisan' atau 'dara' wanita itu. Gadis kecil (baru buka 'selaput dara') ertinya baru pertamakali jadi pelacur, memang tinggi nilai harganya.

Malah pernah dibongkarkan, melalui diwawancara wartawan LintasNews yang melakukan investigasi, terungkap nama pejabat daerah menjadi langganannya. Langganan yang dimaksud bukan langganan menggunakan PSK biasa melainkan 'Beli perawan'.

“Wah kita juga menyediakan stok perawan, malah langganan kita bukan orang biasa, mantan pejabat seperti…. beberapa kali menjadi pelanggan kami dan membayar dengan harga sekitar Rp 15 Juta,” cerita dari wawancara wartawan LintasNews tersebut.

Lain lagi ketika wartawan melakukan investigasi di sekitar kantor Pos lama Pontianak, ketika berada di daerah tersebut, wartawan ketika itu didekati seorang wanita yang layak disebut 'ibu-ibu' dengan badan yang gendut sekali langsung menawarkan tarif untuk kencan..

“Mau mas, 40 ribu aza,” jualnya. Namun wartawan mengelak dengan alasan tidak ada wang.

“Ya udah 20 ribu aza, kalau tidak pun Rp 10 ribu, mas ada berapa lah..” hadapnya berani.

"Ha.ha. ha… mendengar banting harga tersebut, kamipun tersenyum dan langsung buru-buru lari, “Takut euy, ungkap wartawan yang ikut serta dalam investigasi.” Demikian wartawan LINTASNEWS.com

Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

23 Feb 2012
Pontianak, Ind.

Bakar Bashir Dituduh Pengganas, Penjara 15 Tahun


JAKARTA - Mahkamah Agung Indonesia semalam mengesahkan hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) kerana melakukan keganasan.

Dia dianggap sebagai pemimpin kerohanian militan Islam di Indonesia dan penyokong jihad kumpulan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Abu Bakar yang berusia 73 tahun menafikan dia merupakan seorang pengganas.

Pada Jun tahun lalu, sebuah mahkamah yang lebih rendah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya. Namun, disebabkan rayuan, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada sembilan tahun penjara dengan menyebut kekurangan bukti dan umur sebagai faktor keputusan itu dibuat.

Hukuman itu kemudian kembali kepada asal apabila Mahkamah Agung menyatakan dalam keputusannya semalam bahawa Abu Bakar terbukti bersalah melakukan perbuatan pengganas.

Abu Bakar Bashir yang merupakan pengasas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bertanggungjawab berhubung satu siri serangan termasuk kejadian letupan bom di Bali pada 2001 yang menyebabkan 202 orang terbunuh kebanyakannya warga asing. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amerika Syarikat pengganas tiada yang hukum?

Ada Khidmat Pembantu Rumah Bogel.. Kamu Nak?

Tajuk Berita: GEMPAAARRR...!!!!! Ahli DAP Sanggup Lari Bogel Elak Ditahan...?

Gambar-gambar di atas digunakan oleh sebuah blog untuk menarik perhatian. Berita sebenar, Johor Bahru 22 Feb: Pelanggan dan pekerja khidmat seks di dua rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Fook di sini bertempiaran lari dengan ada antaranya dalam keadaan berbogel semata-mata untuk mengelak daripada ditahan polis dalam serbuan hari ini. Tiada cerita ahli DAP pun..


JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga.

Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.

Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat - staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.

Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”

Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.

Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.

Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. - AFP

Selingan: Rekod Baru Terpendek Di Dunia.

Chandra Bahadur Dangi (72) diukur oleh Editor in Chief Rekor Dunia Guinness, Craig Glenday (kanan) dan Dr. Rashila Pradhan di Kathmandu, Minggu (26/02/2012). Foto: REUTERS/ Navesh Chitraka

Akhirnya, pecah rekod dunia Guinness untuk kategori 'Manusia Terpendek di Dunia'. Seorang lelaki Nepal bernama Chandra Bahadur Dangi berjaya menandingi sebelumnya yang dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina.

Lelaki berusia 72 tahun tersebut memiliki tinggi badan 54.6 cm. Lihat video pengukuran dan penetapan Dangi sebagai 'Manusia Terpendek di Dunia' di sini. Lihat juga foto 'Perempuan Terpendek di Dunia' di sini. (Foto: REUTERS/ Navesh Chitrakar)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-49: Selingan..

E-Buku IH-49: Selingan..

Tv Iran Isytihar Menang Ke Atas Israel


HALAMAN HIBURAN

DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin.

TEHERAN - Televisyen milik pemerintah Iran mengisytiharkan kemenangan pertama ke atas Israel semalam apabila filem A Separation arahan pengarah negara ini memenangi kategori filem berbahasa asing terbaik pada Anugerah Academy yang turut dikenali sebagai Oscar Kali Ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.

Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran.

Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka. Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata. Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran.

"Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang.

"Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi

Gambar Ini, M'sia Terlibat Hina Allah?

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR, 27 Feb 12: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star. Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiap perbuatan yang menghina Allah SWT, Rasul dan Islam, jika berlaku di negara ini, pemerintah turut terlibat bersekongkol dengannya, jika tiada inisiatif menghalangnya. (IH)

Monday, February 27, 2012

Kerajaan Pontianak Bukan Kerajaan Sekular.

Masjid Jami Pontianak dipandang dari jembatan Kapuas

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 2

HANG di mana la nie? Dok buat apa?


"O maaf, aku takdan bagitau hang. La ni aku ada di sebuah masjid tua bersejarah, Masjid Kesultanan Pontianak, di Kota Pontianak Kalimantan Barat. Baru lepas sembahyang Magrib." Aku jawab telefon dari Encik Shukri kawanku di KL semalam.
Keraton Kadariah Pontianak foto www.google.com
Keraton Kadariah Pontianak

Aku berada di komplek keraton tempat bertahta megah hingga kini, sebuah masjid Jami
Kesultanan Pontianak. Masjid yang dibangunkan pertama kali oleh sultan pertama dan pengasas kesultanan. Iaitu Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie. Masjid awal mulanya sejarah kota Pontianak, yang setiap tahun diperingati sebagai hari lahir kota Pontianak, ibukota Propinsi Kalimantan Barat. Masjid Jami tua tersebut kini dinamai sesuai dengan namanya sebagai Masjid Sultan Abdurrahman Pontianak.


Jelas terasa kedinginan angin malam meniup lembut dari Sungai Kapuas, dari halaman masjid, yang berada di dalam lingkup Kampung Beting, Kelurahan Dalam Bugis Kecamatan Pontianak Timur. Berada di kawasan pemukiman padat penduduk dengan Pasar Ikan, begitu dekat ke bangunan masjid yang menghadap ke Sungai Kapuas.

Masjid Jami’ yang dapat di jangkau dengan menggunakan sampan dari pelabuhan Seng Hie atau dengan kendaraan darat melewati jembatan kapuas.

Tak cukup di dalam masjid, di padang dan di dalam sampan mereka tetap sholat berjamaah

Masjid Jami Pontianak dari arah Sungai Kapuas dengan latar depan perahu motor yang merupakan salah satu moda transportasi di kota Pontianak


Menyembul diantara rumah rumah penduduk kampung Beting

Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie adalah Pendiri dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak, melambangkan, seorang ulama adalah seorang kepala pemerintah yang juga pemimpin politik. Kerajaannya bukan kerajaan sekular yang memisahkan pemerintahan dengan agama dan hari akhirat.

Beliau dilahirkan pada tahun 1142 Hijriah / 1729/1730 M, putera Al Habib Husin, seorang penyebar ajaran Islam berasal dari tanah Arab. Tiga bulan setelah ayahnya wafat pada tahun 1184 Hijriah di Kerajaan Mempawah, Syarif Abdurrahman bersama dengan saudara-saudaranya bermufakat untuk mencari tempat kediaman baru. Mereka berangkat dengan 14 perahu kakap menyusuri Sungai Peniti.

Waktu dzuhur mereka sampai di sebuah tanjung, Syarif Abdurrahman bersama pengikutnya menetap di sana. Tempat itu sekarang dikenal dengan nama Kelapa Tinggi Segedong. Namun Syarif Abdurrahman berpendapat tempat itu tidak baik untuk tempat tinggal. Beliau terus mudik ke hulu sungai. Tempat mereka salat zuhur itu kini dikenal sebagai Tanjung Dhohor. Ketika menyusuri Sungai Kapuas, mereka temui sebuah pulau, dikenal dengan nama Batu Layang.

Di tempat itulah akhirnya beliau dan pengikutnya di maqamkan. Di pulau itu mereka mulai mendapat gangguan 'hantu Pontianak'. Beliau memerintahkan pengikutnya memerangi hantu-hantu itu. (Lihat Pontianak, Aku Cinta Kamu!) Setelah itu, rombongannya kembali melanjutkan perjalanan menyusuri Sungai Kapuas. Menjelang subuh 14 Rajab 1184 Hijriah atau 23 Oktober 1771, mereka sampai pada persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak.

Setelah lapan hari menebas pohon di daratan itu, maka Syarif Abdurrahman membangun sebuah rumah dan balai, dan kemudian tempat itu diberi nama Pontianak. Di tempat itu kini didirikan Mesjid Jami dan Keraton Kadariah. Akhirnya pada 8 bulan Sya'ban 1192 Hijriah, bertepatan dengan hari Senin dengan dihadiri oleh Raja Muda Riau, Raja Mempawah, Landak, Kubu dan Matan, Syarif Abdurrahman dinobatkan sebagai Sultan Pontianak dengan gelar Syarif Abdurrahman Ibnu Al Habib Alkadrie.
Syarif Abdurrahman Alkadrie mangkat tahun 1707. Dibawah kepemimpinannya kerajaan Pontianak berkembang sebagai kota pelabuhan dan perdagangan yang cukup disegani. Itulah tokoh agama sebenarnya..
Rujuk juga..
  1. ^ (Belanda) (1855) Tijdschrift voor Indische taal-, land- en volkenkunde. 3. hlm. 569.
  2. ^ (Inggris) Sir Henry Keppel, Sir James Brooke (1846). The expedition to Borneo of H.M.S. Dido for the suppression of piracy: with extracts from the journal of James Brooke, esq., of Sarāwak. Harper & Brothers. hlm. 387.
Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

22 Feb 2012
Pontianak, Ind.

Wednesday, February 22, 2012

Perlukah Beg-beg Begini Dilarang Di Malaysia?

BUDAYA mempamerkan dengan membawa beg-beg bimbit begini perlu diawasi supaya jangan berlaku di Malaysia. Apa pandangan tuan-tuan? Apa baik buruknya? (IH)

Lihat sebelum ini..

Tuesday, February 21, 2012

Pontianak, Aku Cinta Kamu!

Sholat di Masjid Jami' di Kota Pontianak. Sholat mencegah mungkar, tak kira di mana saja berada.. Nanti hantu syaitan pun takut!

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 1


PEREMPUAN, yang mati masa lahir, arwahnya ber'gentayangan' untuk balas dendam. Begitu, kira-kira diertikan kata pontianak atau kuntilanak. Lihat juga Wikipedia disini.

Dalam cerita rakyat Melayu, sosok pontianak digambarkan dalam bentuk wanita cantik. Mudah mengganas penduduk kampung untuk menuntut balas. Sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga Kemboja. Konon lelaki yang tidak berhati-hati akan dibunuh sesudah berubah menjadi penghisap darah.

Pontianak juga dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik berjalan seorang diri di lorong yang sunyi. Dalam cerita seram dan filem horor televisyen Malaysia, ada yang digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bahagian tengkuk, seperti vampire.

Pontianak atau kuntilanak menurut tradisi Sunda tidak memiliki lubang di belakang leher atau tengkok dan hanya mengganggu dengan penampakan saja. Jenis yang memiliki lubang di belakang leher sebagaimana deskripsi di atas disebut sundel bolong. Pontianak, konon juga suka pohon tertentu sebagai tempat bersemayam. Atau disebut juga 'penunggu' pokok.

Teringat aku semasa kecil-kecil dulu, di antara perbatasaan Kampung Perlis Balik Pulau dengan Kampung Pulau Betong Pulau Pinang terdapat sebuah pohon besar. 'Pohon beringin tempat bergantungan hantu-hantu di situ', demikian anggapan sebahagian penduduk kampong kelahiranku. Untuk melintas pohon besar di depan berhampiran rumah Cikgu Embon itu, amat menakutkan terutama di waktu malam.

Maklum, waktu itu, malam gelap gelita, tiada lampu-lampu letrik tepi jalan, kecuali waktu bulan mengambang. Tetapi waktu bulan mengambang yang samar-samar, suasana lebih menyeramkan lagi. Ada yang nampak pontianak mengilai, kononnya. Sehingga ada orang tua-tua yang mempetuakan, "Bila lalu dekat pohon beringin itu, kena hormat kepada penunggu atau penjaga pokok itu, kata lah... 'Tabik tok! Anak cucu nak tumpang lalu.' Kalau tidak, akan terkena tulah atau bencana."

Bila ku ceritakan pada ayahku, seorang guru agama kelulusan 'Pondok Kubang Semang' Butterworth... "Jangan sebut begitu! Syirik! Haram! Nanti rosak aqidah." tengking ayah kepadaku. Memanglah 'menjadi syirik'lah yang amat ditakuti sekali dalam agama. Minta simpang malaikat 44! Kata mereka.

Ibuku pula pernah bercerita tentang hantu pontianak. Katanya..

'Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda tiap-tiap hari kerjanya memancing ikan hingga ke malam. Tiap hari, ada saja hasilnya dibawa pulang ke rumah. Tetapi bila ia tertidur semasa memancing, selalunya kantung ikan pancingannya kosong. Kerana ikannya sudah tiada, sudah dicuri semasa terlena.

Siapa pencurinya? Inilah yang menyebabkan ia menyiasat. Dari maklumat yang ia perolihi, memang di sekitar situ ada hantu pontianak berupa perempuan cantik yang sering mengganggu manusia. Dia sering mencuri ikan pemaqncing-pemancing di situ.

"Aku nak ajar dia. Bagaimana nak tahu dia bukan manusia?" Tanya pemuda itu.

"Di tengkuknya ada lubang. Untuk mengalahkannya engkau perlu memasukkan paku ke lubang itu, dan dia akan bertukar menjadi manusia." Kata beberapa orang tua di situ.

Akhirnya, pemuda yang gagah dan berani itu bernekad untuk menangkap si pontianak perempuan itu. Suatu malam selepas memancing, dia pura-pura tidur. Ternyata dia berjaya menangkapnya, semasa hantu perempuan datang mencuri ikannya. Lalu dipakunya tengkuk wanita itu. Wanita itu jatuh pengsan, dibawa ke rumah, disedarkan dan memang akhirnya menjadi manusia, seorang gadis yang cantik.

Gadis itu dikahwininya sehingga beroleh dua anak, hidup rukun dan damai.'

Begitu kisah hantu perempuan versi ibuku dulu-dulu. Mengapa aku nukilkan kembali kisah ini? Kerana aku (Ibnu Hasyim), kini berada di Kota Pontianak Kalimantan Barat Indonesia. Aku ingin tahu kenapa kota ini diberi nama Pontianak? Ramai juga yang kutemui, akhirnya aku bersetuju dengan kisah yang ada kaitan dengan Syarif Abdurahman atau Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie.

Syarif Abdurrahman adalah Pendiri dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak. (Biografi singkat Syarif Abdurrahman bisa klik disini). Dikatakan beliau sering diganggu oleh hantu Pontianak ketika beliau menyusuri Sungai Kapuas sepanjang 1100 kilometer, sungai terpanjang di Indonesia. Menurut ceritanya, Syarif Abdurrahman terpaksa melepaskan tembakan meriam untuk mengusir hantu itu sekaligus menandakan dimana peluru meriam itu jatuh, maka disanalah wilayah kesultanannya didirikan.

Peluru meriam itu jatuh melewati simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal dengan Beting Kampung Dalam Bugis Pontianak Timur atau kota Pontianak. Sejarah Kota Pontianak klik disini. Berita tentang tradisi menyulut meriam pengusir kuntilanak di Kalimantan sila klik disini.

Oh. Ya, berbalik kepada cerita ibuku yang masih belum habis lagi.

'Walaupun, rumah tangga mereka bahagia hidup rukun dan damai (pemuda yang berkahwin makwe gadis pontianak seperti diceritakan tadi), namun pada suatu malam Ponti (nama yang diberi kepada bekas hantu pontianak itu), sedang bermain-main dengan dua anak-anaknya. Anaknya yang besar baru pandai bercakap-cakap, berkreatif, korek sana korek sini dan sedang mencari kutu di rambut ibunya.

Tiba-tiba apabila diselaknya rambut ditengkok ibunya, ternampaklah paku yang tertanam, tertancap di situ.
"Mak! Paku apa yang terbenam di tengkuk mak ni?" Anaknya ingin tahu.

Ibunya terperanjat terkejut, terkenang kepada kisah lama, "Jangan. Jangan kau sentuh dan cabut...."
Belum pun habis cakapnya, paku itu sudah dicabut oleh anaknya.

Maka sebentar itu juga wajahnya bertukar menjadi wajah asal. Bertukar menjadi pontianak semula. Bangun dan terbang mengilai dengan rambut yang menggerbang, berpusing-pusing di langit rumah.

"Mak! Mak! Tunggu, jangan tinggal kami..." Anaknya menjerit-jerit, menangis memanggil ibunya yang sedang berlegar-legar mencari ruang untuk keluar dari rumah.

Suaminya juga terkejut melompat bangun, menjerit sekuat-kuatnya,
"Ponti! Ponti! Jangan pergi, aku cinta kamu!

Ponti! Ponti! Jangan pergi, aku cinta kamu!

Ponti! Ponti! Jangan pergi, aku cinta kamu!"


"Heeee, heeee, heeee, heee!" Ngilai isterinya."Heeee, heeee, heeee, heee!"Heeee, heeee, heeee, heee!"
Sua
ra Ponti, makin lama makin perlahan, hilang, sayup-sayup kedengaran.'


Begitulah hantu dan syaitan sentiasa mengganggu manusia, termasuk pemimpin besar Syarif Abdurahman tadi.


Itu baru muqaddimah catatan perjalanan di Pontianak. Bersambung, insya Allah.


Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

21 Feb 2012
Pontianak, Ind.


Sungai Kapuas | Lagu Daerah Pontianak Kalimantan Barat Indonesia

N/Aziz-Anwar Saling Faham Tentang Israel, Namun..

KL 21 Feb 12: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.

Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.

azlanNik Aziz sebaliknya mengambil peluang menempelak "pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi" tetapi tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis!" katanya merujuk dakwaan kapal Israel dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang.

NGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

NONEBagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Sementara itu, kerajaan BN perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat negara ini dan seluruh rakyat Palestin kerana tindakannya yang mengiktiraf negara haram Israel. Walaupun pihak kerajaan menafikan pengiktirafannya terhadap negara itu, tetapi tindakan-tindakan yang dilakukan jelas menunjukkan kerajaan BN sebenarnya sememangnya mempunyai hubungan dan mengiktiraf negara haram regim zionis Israel. Jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula. (IH)

Saturday, February 18, 2012

Pesta Seks Bogel Dunia, Apa Kaitan Dg PRU 13?

orgy girls standing naked World Record in Japan: Largest Orgy picture
Fakta ringkas:
  • Merupakan pesta seks bogel terbesar di dunia.
  • Disertai oleh 500 orang; 250 lelaki dan 250 perempuan.
  • Dibuat di sebuah gudang lama, dengan harapan untuk mencatat satu rekod dunia.
  • Dirakam dalam bentuk DVD dan diarahkan oleh William Shawn Edrah, seorang Inggeris.
  • Dirakam selama 2 hari 1 malam.

orgy girls busy World Record in Japan: Largest Orgy picture
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya. Bro yang tanya kami, apa faedahnya, siar berita dan gambar begini di sini?

Kami jawab, kerana..

Satu: Kami hendak ingatkan rakyat Malaysia, bahawa perkara seperti ini boleh berlaku di negara ini, dan sekarang sedang pun berlaku oleh kumpulan-kumpulan tertentu secara gelap. Sila cek kenyataan media dan laporan kes-kes polis.

Dua: Solusinya, ialah dengan mewujudkan sebuah negara agama, yang tidak sekularisme totok, meterialistik, asobiah kebangsaan, dan isme-isme yang tidak bertunjangkan kepada hari akhirat.

Tiga: Dalam kontek Malaysia, tidak ada pilihan lain kecuali parti Islam dan parti sekutu-sekutu dengannya. Dasar partinya mesti Islam, bukan kebangsaan dan lain-lain, kecuali parti-parti lain dasar itu, sanggup menyokong cita-cita kebajikan parti Islam.

Empat: Cara laksananya, siap sedia bila sampai Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), keluarlah beramai-ramai semua keluarga yang layak, mengundi PAKATAN RAKYAT (PR), yang didalamnya ada Parti Islam Se Malaysia (PAS). Tolak Barisan Nasional (BN) yang di dalamnya tiada parti berdasarkan Islam.

Sekian. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

Kelab Murtad, JPM Bisu, BN, Tiada Jalan Selesai.

BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.
BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.

KL 17 Feb 12: "Biadab." Hanya itu yang boleh dilapor myMetro hari ini.

Menurutnya lagi..

"Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

"Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

"Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

"Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw." Begitu lapor myMetro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan kepada pemimpin-pemimpin BN dalam menguruskan hal ehwal agama di negara ini. Inilah kesilapan besar BN menggunakan kuasa pusat memaksa Negeri Kelantan supaya tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, sebagai satu cara hidup termasuk perundangan Islam.

Mahkamah Islam (Mahkamah Syariah) dipersempitkan, sehingga tidak mampu menghukum perkara-perkara asas dan besar dalam negara. Tiada undang-undang murtad seperti yang sepatutnya dilaksanakan oleh sebuah negara Islam yang berdaulat. Jadi, bagaimana hendak selesaikan masaalah seperti di atas?

Masalah 'murtad' bukan masalah orang bukan Islam. Ia masalah orang Islam yang belot, bertukar jadi pengkhianat agama sendiri, jadi musuh dalam selimut dan pemberontak dalam agama. Ia adalah perkara besar yang tidakboleh dibiarkan tertangguh lama. Supaya jangan menjadi penyakit berjangkit yang cepat merebak dan perlu dibasmi segera.

Selepas Nabi SAW wafat, Khalifah Abu Bakar sebagai pengganti beliau, tindakan awalnya yang diambil ialah memerangi atau menggempur orang murtad, walaupun hanya kerana enggan membayar zakat. Kerajaan yang tidak mahu menghukum dengan hukum Isam, wajib dihukum. Kalau mahu cara hidup Islam, kena pilih parti Islam (kena undi PAS). Bukan pilih MCA, MIC dan kuncu-kuncunya termasuk UMNO yang tidak Islamik.

Lihat perlembagaan PAS perkara 3, Dasar PAS ialah Islam. Perlembagaan UMNO dasar partinya ialah kebangsaan (asobiah), bukan dasar Islam. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
Perlembagaan PAS
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails